Percutian Spain - Masjid Cordoba Khatedral Part 4
Alhamdulillah saya akan menyambung lagi catatan percutian kami. Kalau entri sebelum ini di sekitar luar masjid Cordoba, kali ini pulak lawatan di dalam masjid. Haa hari ini kan cuti hari Krismas, bolehlah baca kalau tak ada apa apa urusan di luar rumah kan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Kami berkumpul di meet point untuk menunggu tour guide yang akan membawa kami masuk ke dalam Masjid Cardoba. Masa lawatan kami ialah pukul 4.45 petang dan keluar pukul 6.00 petang. Kita tidak boleh sesuka hati masuk sendiri ke dalam masjid ini.
Sebaik kaki melangkah masuk, terpegun seketika kerana rekabentuk dalaman masjid menyerupai dataran kaabah di Masjidil haram suatu ketika dahulu. sebelum masjidi.
Di dalam masjid ini, akan kelihatan tempat mimbar yang kini menjadi tempat orang Kristian beribadah. Banyak patung patung kristian di sini. Tiada larangan untuk bergambar di sini pun cuma, cahaya yang malap tidak cantik untuk bergambar.
Cuba perhatikan tiang dari batu marmar dalam gambar di bawah. Memang sangat cantik. Cantik coraknya, cantik ukirannya. Memang sangat mempesonakan. Belum lagi rekabentuk siling yang juga sangat cantik dan berseni.
Lagi pula, kami tidak mahu bergambar berlatarbelakangkan objek objek patung Kristian. Dalam gambar di bawah, perhiasan di dalam bekas kaca tinggi itu diperbuat dari emas tulen.
Kami keluar dari masjid melalui pintu lain, bukan pintu sama yang kita masuk. Kami keluar pukul 6.00 petang mengikut masa yang ditetapkan untuk lawatan kami. Selepas bergambar kenangan dengan tour guide, kami mulai berjalan untuk balik.
Kami berjalan kaki untuk ke restauran Kebab el Rio. Hidangan makan malam kami ialah nasi dengan ayam dan daging. Portion sangat banyak. Kami makan di luar restoran untuk menikmati angin malam.
Selepas makan, berjalan ke bas dan berhenti tepi jalan. Di sini pun sama di mana bas tidak boleh masuk ke kawasan hotel. Kami berjalan kaki untuk ke hotel. Van membawa bag kami ke lobby hotel.
Sesampai di lobi hotel, kami duduk di sofa sementara menunggu kunci bilik hotel disiapkan di kaunter. Suka sangat melihat persian carpet yang menjadi hiasan lantai di lobi hotel ini. Memang ini lah corak persian carpet yang sangat saya minati sejak 30 tahun yang lalu.
Selepas check in Hotel Falaros di Cardoba, saya naik ke bilik untuk berehat. Saya siap siap mengeluarkan baju yang akan dipakai keesokannya kerana kami akan check out awal pagi. Bilik air hotel ini juga sangat besar. Hubby keluar dengan Mohammed untuk membeli kek harijadi.
Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya di SINI. Salam sayang buat semua.....
Catat Ulasan for "Percutian Spain - Masjid Cordoba Khatedral Part 4"
Add your comment