Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Persinggahan Di Rabat Part 3


Alhamdulillah diberikan kelapangan untuk menyambung catatan percutian kami bersama rakan rakan BFF dalam alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya ke Morocco dan Spain pada Novermber lalu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Dari Marrakech, kami kemudian bertolak ke Rabat di mana perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Saya suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan yang mana pokok pokok zaitun ditanam sepanjang highway. Saya memang tidak kisah perjalanan jauh kerana saya memang suka dengan view yang pastinya berbeza dengan tempat kita.




Kami kemudian singgah makan tengahari di Banco Blanco Cafe di tepi laut di Rabat. Angin laut yang bertiup menyebabkan kesejukan yang tak tertahan juga. Kita boleh juga memilih untuk makan di dalam cafe. Tapi saja nak mencari kelainan sambil melihat lautan membiru. Best cafe sini kerana ada kemudahan bilik air yang besar bersih dengan hand bidet. 

Hidangan seafood set mengandungi ikan, sotong dan juga udang. Cuma pencicah di sini tak berapa kena dengan selera kita. Jadi kalau sesiapa ke sini, pastikan membawa bersama sos cili, sos tomato dan mayonese dari Malaysia. Yang lain lain seperti sambal sambal pun, elok dibawa jika suka masakan yang ada rasa pedas pedas. 





Selesai makan, kami dibawa ke masjid yang berdekatan sahaja dengan tempat makan. Selepas solat kami naik bas dan terus menuju ke Fez di mana perjalanan mengambil masa selama 3 jam.


Sampai di Fez, kami dibawa makan malam di Hotel Sofia sebuah hotel lama yang berdekatan. Tapi sebab dah malam dan kami pula keletihan, ditambah pula dengan hidangan salad, fish chip yang dah sejuk, memang tak lalu makan. Ramai yang tak menjamah pun hidangan yang disajikan. 



Kami kemudian di bawa check in di Hotel Volubilis. Cantik juga hotel ini cuma sayang tiada kemudahan lift. Tapi tak mengapa kerana pekerja hotel menghantar bag ke bilik untuk mereka yang menginap di tingkat atas. Seperti hari sebelumnya, masuk bilik dah pukul 12.00 tengah malam. 

OK setakat ini dahulu, jangan lupa membaca entri sambungannya di SINI. Salam sayang buat semua. 


Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Persinggahan Di Rabat Part 3"