Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Jalan Jalan Di Fez Part 4



Alhamdulillah bertemu lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kalau dikirakan Medina of Fez adalah satu satunya tempat yang saya google sebelum ke sini. Ini adalah kerana jiran kami, Dr Ibtisan kongsikan gambar gambar percutian mereka dan shopping di Fez. 

Medina dalam bahasa Morocco merujuk kepada bandar lama yang bersejarah. 7 dari Medina Morocco termasuk dalam UNESCO World Heritage yang sangat menarik untuk dikunjungi. Antaranya ialah Fez.  Jom kita mulakan.

Pagi selepas sarapan, kami bergambar sekitar hotel yang cantik dengan swimming pool, pokok limau yang berbuah dan pokok kurma yang juga sedang berbuah lebat. 

Di Morocco buah limau adalah buah yang dihidangkan sebagai pencuci mulut. Jangan lupa mencubanya. Sangat sedap dan boleh teringat ingat. Tak manis dan tak masam tapi segar dan ala ala crunchy. 





Selepas sarapan, naik bilik terus bersiap untuk check out dan meneruskan perjalanan untuk melawat sekita Fez dan shopping. Sebelum ke tempat shopping di Fez, kami dibawa ke Fez Royal Palace di mana King of Morocco, King Mohammed VI akan bersemayan bila berada di Fez. 

Di sini kita tidak dibenarkan masuk hanya boleh lihat dari luar sahaja. Tapi melihat keindahan senirekanya dari luar pun sangat mempersonakan. Ukiran di pintu istana sangat cantik. Bolehlah bayangkan keindahannya di dalam istana kan. Pastilah lagi cantik. 





Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sampai sahaja, kami dibawa melihat pemandangan Old city of Medina dari atas bukit. Turun bas untuk bergambar sahaja, lepas tu terus di bawa untuk shopping di The Medina of Fez. 


Nantikan entri akan datang tentang tempat shopping di Medina of Fez yang pastinya unik dan berbeza dari tempat shopping yang pernah kita kunjungi sebelum ini. Sehingga bertemu lagi, salam sayang buat semua... jangan lupa baca entri seterusnya di SINI


Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Jalan Jalan Di Fez Part 4"