Percutian Morocco - Marrakech Part 2
Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung catatan percutian Morocco Spain untuk hari kedua. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sejujurnya saya tidak pernah bercita cita untuk ke Morocco dan Spain. Tidak pernah. Tidak ada dalam senarai negara yang ingin saya jejaki. Malahan saya tak baca apa pun tempat menarik di sini. Hanya mendengar beberapa cadangan dari Dr Ibtisan tentang Fez.
Tapi kini saya merasa sangat berterima kasih pada BFF dalam group alumni yang mana keputusan mereka menukar destinasi dari Balkan ke Morocco dan Spain telah membawa saya ke sini. Saya merasa sangat gembira dengan percutian ini, bukan semata melihat keindahan alam tapi menjejaki tamaddun, bangunan dan kesenian Islam di kedua dua negara. Dan yang paling penting, bercuti bersama sama BFF yang tak akan sama dengan group public yang kita tak kenal sebelumnya. OK jom kita sambung untuk aktiviti hari kedua di Morocco.
Seperti tak boleh tidur nyenyak mungkin sebab keletihan atau jet lag, saya bangun awal dan terus bersiap dan mengemas. Turun untuk sarapan ketika cafe belum siap sepenuhnya. Pukul 8.30 pagi, kami semua turun berkumpul di lobi dan membuat urusan check out.
Seperti biasa sebelum naik bas, kami bergambar kenangan di sekitar hotel. Cantik dengan dekorasi senihias Morocco dan batang pokok pokok zaitun yang bersaiz besar dan tua di perkarangan hotel.
Yang seronok dengan geng kami ialah semuanya sporting bila bab bergambar. Tiada yang susah atau tolak menolak bila nak bergambar. Malah masing masing akan masuk sendiri bila nampak tempat menarik. Begitu juga dengan geng para suami juga. Mereka juga sangat sporting di mana selain bergambar, mereka juga suka mengambil gambar terutama Dato’ Wan Nazari dan Dato Setia Salehuddin.
Kami kemudian dibawa untuk jalan jalan tempat menarik di sekitar Marrakech. Destinasi pertama ialah Menara Garden yang kiri kanan adalah pokok pokok zaitun. Ianya dibuat pada abad ke 12 atas permintaan Pengasas Dinasti Almohad, Sultan Abd Al-Mumin. Ianya dianggap sebagai satu simbol Kota Marrakech dan berkeluasan 100 hektar dengan lebih 30,000 pokok zaitun, pokok oren dan buah buahan lain.
Destinasi seterusnya ialah kami diturunkan untuk berjalan ke Masjid Koutoubia antara masjid bersejarah di Marrakech. Masjid ini didirikan sejak abad ke12 iaitu tahun 1150.
Koutoubia yang bermaksud penjual buku dalam bahasa Arab. Ianya dibuat dari batu pasir merah. Menara masjid setinggi 77 meter juga digelar "roof of Marrakech". Kami pun tidak lama di sini.
Selepas bergambar, kami berjalan keluar dan menaiki bas. Bas kemudian menurunkan kami untuk berjalan ke tempat pembuatan pelbagai minyak dari argan dan lain lain tumbuhan yang dikatakan sangat bagus untuk kecantikan muka dan seluruh badan.
Ada minyak yang berfungsi seperti botox juga. Haa yang ni kami semua beli. Guna hanya 2 kali seminggu di bahagian muka yang ada kedut. Harap harap menjadilah ya. Kalau ke sini, jangan lupa untuk membeli kerana biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli. Hahaha. Serious ni.
Ada juga minyak yang sesuai untuk melebatkan rambut dan mengelakkan rambut gugur. Jadi kami semua membeli banyak juga lah setiap orang. Ada juga yang dibeli untuk anak cucu yang mengalami ezcema. Minyak argan memang terkenal khasiatnya, apalagi yang dari Morocco. Jadi kalau ke Morocco, jangan lupa membelinya.
OK setakat ini dahulu, baca juga entri sambungannya di SINI. Salam sayang buat semua.
Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Marrakech Part 2"
Add your comment