Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Februari 2023 - London Sehingga Bertemu Lagi


Alhamdulillah kini saya telah tiba ke catatan terakhir di hari terakhir percutian kami bersama kawan kawan Best Friend Forever di London. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kami bangun dan terus mandi dan bersiap siap untuk ke airport pukul 4.00 pagi. Terasa pula sedih untuk meninggalkan bilik dan rumah yang telah didiami selama hampir 2 minggu.

Kami dihantar dan turun di terminal 4, manakala beberapa orang ke pejabat sewaan kereta untuk urusan pemulangan kereta. Sebaik sampai kami terus ke ruang solat di tingkat 1. Ketika itu, belum ada orang. Jadi kami bersiap siap menunggu masuknya waktu solat Subuh. 

Selepas selesai urusan check in, kami berjalan masuk dan terus singgah sarapan di Costa. Sarapan ringan sahaja sekadar mengisi perut.

Selepas saraan, baru saya berjalan ke butik butik berjenama seperti Louis Vuitton dan Gucci. Harga di airport sama dengan harga di butik di London selepas ketiadaan VAT. Jadi tiada tarikan pun untuk membeli di airport. Cuma yang menariknya di sini, tak perlu nak beratur untuk masuk ke butik. 

Kapalterbang delay sehingga pukul 12 tengah hari waktu tempatan atas sebab teknikal. Penerbangan memakan masa selama 12 jam. Bila dapat boarding, baru terasa penat dan nak berehat. 

Alhamdulillah kami selamat tiba di tanahair dan disambut oleh anak dan cucu. Sempat lagi bergambar sebagai satu kumpulan sebelum masing masing membawa haluan masing masing. Hahaha. 


Dengan ini tamatlah catatan perjalanan kami ke London bersama BFF. Saya boleh katakan inilah percutian paling menyeronokkan dan sangat indah dalam kenangan. Berbeza dengan perjalanan percutian pakej di mana semuanya tersedia oleh agen dan tinggal di bilik hotel. Boleh klik di SINI untuk entri pertama percutian ini. 




Catat Ulasan for "London Februari 2023 - London Sehingga Bertemu Lagi"