Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Februari 2023 - Emirates Stadium dan Oxford Street


Hari terakhir kami di London adalah hari aktiviti bebas. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kami seramai 7 orang termasuk Aween telah memutuskan untuk ke Stadium Emirates sementara kita masih menpunyai kereta. Dalam perjalanan ke sana, kami melalui London Zoo dan juga melalui Camden yang selama ini ingin saya kunjungi tapi tak pernah menpunyai cukup masa.  


Melihat stadium ini membuatkan hari rasa seronok seolah nak melihat perlawanan bola sepak pula. Agak susah mencari parking di sini. Kami parking di tapak mencuci kereta yang terletak berhadapan dengan stadium. Kemudian kami melintas jalan untuk ke stadium. 



Selepas bergambar di situ, kami berjalan masuk ke kedai menjual barangan souvineer. Kalau dah masuk ke sini, pastinya teringatkan Boy yang sangat minat dengan jersey bola lagi lagi pasukan Arsenal. Lama juga di dalamnya. Dari tak nak membeli, langsung beli dengan cucu cucu sekali.


Dari sana, kami balik untuk ke Restoran Tukdin. Sebaik sampai, restoran belum dibuka. Kami terpaksa menunggu beberapa minit sebelum restoran dibuka. Alang alang dah ada di sini, kami memutuskan untuk solat di sini sebelum pergi ke Oxford Street.


Tapi bukan sahaja ruang solat hanya muat seorang dalam satu masa, tapi air paip yang tersedia di dalamnya bagai air ais. Bayangkan mengambil wudhu dengan air ais. Lagi sejuk dari air ais dari peti sejuk rumah kita. Sebelum membasuh anggota wudhu, memang kena tahan nafas terlebih dahulu. 

Oleh itu, geng suami tak jadi solat di situ sebaliknya kami ke Masjid Salahuddin untuk solat di sana yang lebih selesa. Semasa mereka solat, kami hanya menunggu di dalam kereta kerana tiada tempat parking yang berdekatan. Selepas itu, kami mencari parking berdekatan dengan marble arch dan berjalan kaki ke Oxford Street. Bayar parking utk 4 jam. Cuaca sangat sejuk dengan tiada matahari langsung sepanjang hari. 


Sampai di Oxford Street, kami berpecah dan berjalan ke The North Face kerana Aween mahu mencari jacket. Sementara menunggu yang lain, kami singgah minum di Selfridges. Kami kemudian berjumpa di hadapan Primark pukul 5.30 petang untuk berjalan ke kereta. 


Sesampai di rumah, kami makan maggi yang dimasak oleh Datin Nursinah. Masya Allah sedap lah pulak maggi sup tu. Saya balik sini, beberapa kali cuba memasak maggi cara beliau yang ditumis. Dimasukkan telur sebiji. Kalau sebelum ini, saya tak suka masukkan telur kerana akan terasa sedikit hanyir telur. Tapi bila orang lain yang masak, semua rasa sedap. Lagi lagi menggunakan daun bawang di sana yang macam leek di tempat kita tapi lembut dan sedap.

Pukul 8.45 malam kami keluar dengan ditemani Shahrol untuk menghantar Aween ke Victoria Coach station. Pukul 9.30 malam, Aween naik bas untuk ke Wales. Dia dijangka sampai di sana dalam pukul 1.00 pagi.

Sampai di sana, kawan kawan semua telah tidur dan mereka telah membawa bag turun di depan pintu utama. Rasa sedih pula bila melihat bag bag yang menandakan percutian telah pun berakhir. Kami kemudian naik ke bilik dan mengemas pakaian kerana pukul 3.00 pagi. Lagi sedih bila melihat katil Aween yang telah kosong dan kemas. 

Kami akan berangkat ke airport untuk urusan kereta dan seterusnya ke airport. Setakat ini dahulu. Nantikan catatan hari terakhir di entri akan datang. 



Catat Ulasan for "London Februari 2023 - Emirates Stadium dan Oxford Street"