London Februari 2023 - Battersea Power Station dan London
Alhamdulillah, saya ingin menyambung catatan percutian singkat kami ke London yang dah tertunda beberapa lama sejak Ramadhan yang lalu. Boleh klik entri perjalanan kami ke Cambridge sebelum ini di SINI.
Untuk sarapan pagi ini, geng suami telah volunteer untuk memasak. Menu mereka ialah maggi goreng, ayam goreng dan cucur udang. Dan yang paling rajin membasuh pinggan mangkuk ialah Tuan Shahrol. Walaupun dalam kesejukan air paip, beliau akan membantu kami membasuh periuk kuali selepas memasak.
Serious, masakan mereka pagi ini semua sedap sedap belaka. Betul lah kata seorang ustaz, orang lelaki memasak lebih sedap dari orang perempuan. Saya lupa apa sebabnya yang diberikan. Kalau tak silap saya, perkiraan dan gerak hati mereka ketika memasak kot.
Ayam goreng pun menjadi sedap walaupun hanya ayam digoreng garam kunyit. Maggi goreng pun sedap sehingga saya makan menambah nambah dan teringat sehingga kini. Belum lagi dikira cucur udang yang disediakan oleh besan kami, Dato Setia Salehuddin yang memang kegemaran kami semua.
Selepas makan kami bersiap siap dan seperti biasa berjalan beramai ramai ke jalan besar untuk mengambil bas No 148 ke Battersea Power Station. Seperti biasa, saya memang suka naik bas kerana dapat melihat suasana keliling di London.
Sebaik turun dari bas, kami berjalan ke ruang pameran berkenaan dengan sejarah Battersea Power Station. Selepas itu, kami kemudian berjalan ke mall di mana terdapat rekaan bangunan yang agak unik. Di dalam mall, dipamerkan juga peralatan lama dan dinding juga unik kerana ianya seperti dinding lama yang dibina seolah dari bangunan yang dipecahkan sebelum ini.
Kami diberi masa untuk melakukan aktiviti sendiri di dalam mall. Sementara menunggu waktu bertemu, kami duduk minum di dalam mall. Selepas semua berkumpul, kami berjalan turun ke ruang solat di tingkat bawah mall yang agak tersorok kedudukannya. Agak selesa kerana ada ruang mengambil wudhu di dalamnya.
Sebelum meninggalkan Battersea Mall, kami bergambar secara beramai ramai di hadapannya. Oleh kerana ada Aween yang mengambil gambar, jadi gambar kami cukup 12 orang.
Kemudian menunggu bas untuk ke Harrods. Masa yang diberi untuk shopping sangat sekejap. Jadi memang agak terkejar kejar. Saya suka jer untuk window shopping di Harrods walaupun memang tak mampu nak membeli tapi mampu menjamu mata pun dah boleh buat rasa gembira. Hahaha.
Saya masuk membeli parfum dan body oil kemudian turun sekejap untuk bergambar sahaja di bahagian makanan. Tak sempat pun nak makan.
Sebaik berkumpul, kami buat keputusan untuk berpecah kepada mereka yang masih ingin terus shopping di Harrods atau untuk ke tempat lain atau ada yang ingin balik ke apartment.
Kami dengan Dato Wan Nazari ingin ke Oxford Street. Kami mengambil train di stesyen depan Harrods.
Kami kemudian berjalan ke Restoran Rasa Sayang di China Town untuk makan malam. Saya memesan nasi lemak dengan lauk ayam. Kalau rindu masakan Malaysia, bolehlah datang ke sini. Soal sedap atau tidak adalah soal kedua. Nak sedap kenalah memasak sendiri.
Selepas makan, kami berjalan kaki ke Oxford Street. Kami berpecah dan berjalan ke Selfridge. Sementara menunggu Tok Wan shopping, kami singgah minum di Selfridge. Kami menunggu di Bond Street station untuk mengambil train balik. Keluar dari station, kami naik bas pula untuk ke hentian berdekatan dengan kediaman kami. Setakat ini dahulu sehingga kita bertemu lagi di sambungan di SINI...
Catat Ulasan for "London Februari 2023 - Battersea Power Station dan London "
Add your comment