Percutian London Februari 2023 - KLIA
Penghujung tahun 2022 besan kami, Dato Setia Salehuddin dan Datin Setia Nursinah mula mencadangkan untuk kami group alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya (ethica) untuk bercuti bersama sama ke London. Tarikh dicadangkan ialah 22 Februari setelah mengambilkira saya yang akan menunaikan ibadah umrah sehingga penghujung Januari.
Setelah semua bersetuju, beberapa kali juga kami bertemu untuk berbincang berkenaan dengan percutian tersebut termasuk tempat untuk dilawati, kenderaan, bajet untuk makan dsb. Ketika tiba masa untuk membuat tempahan, tiket naik dengan mendadak sehingga kos setiap pasangan hampir RM13K untuk kelas ekonomi dan RM36K untuk kelas perniagaan.
Kami terpaksa berpecah kepada 2 penerbangan di mana 3 pasangan berlepas pagi dan 3 pasangan lagi berlepas penerbangan malam kerana harga tiket untuk kelas ekonomi naik sehingga RM16K. Memang melampau lah sedikit harga tiket penerbangan MAS, terlebih lah pula mahalnya. Flight kami adalah sebelah malam.
Kami bertolak dari rumah pukul 5.30 petang untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Boy menghantar kami dengan Ammar, manakala Nelly pula terus ke airport dari office. Kami makan di food court. Kemudian kami naik solat di tingkat 3.
Kemudian kami berjalan masuk dan minum di Starbuck sementara menunggu Dato Wan Nazari dan Dr Abdol Aziz masuk. Kami kemudian masuk dan bertemu di pintu pelepasan Gate 32.
Kapalterbang berlepas pukul 12 malam, agak lewat dari jadual asal. Ketika hampir berlepas, mendapat WhatsApp dari kawan kawan yang mereka telah mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. Alhamdulillah. Sehingga bertemu lagi di entri sambungannya di SINI.
Catat Ulasan for "Percutian London Februari 2023 - KLIA"
Add your comment