Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 2


Alhamdulillah kali ini saya ingin menyambung catatan perjalanan JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Hari kedua, di bandar Muar kami berjalan kaki untuk bersarapan ala Muo style. Apa lagi kalau bukan bersarapan dengan satay, mee rebus, lontong, soto dsb. Kami tak lama di sini kerana pertama pelanggan yang ramai di restoran ini dan kedua kerana bau asap satay yang kuat di dalam restoran.

Selepas makan kami keluar dan berhenti untuk bergambar di lorong lorong bangunan di bandar Muar yang sangat cantik dan bersih.


Selepas naik ke bilik, kami bersiap siap untuk check out kerana destinasi seterusnya ialah Pontian untuk makan nasi ambeng di Legasi Engkong Johor. Sebelum itu, kami sempat bergambar kenangan di hotel secara beramai ramai.




Nasi ambeng nya adalah dihidangkan 1 ekor ayam yang dimasak ungkep. Hidangan 1 ekor ayam untuk 4 orang. Memang mewah makan dan tak habis pun. Sementara menunggu nasi ambeng sampai, makan makan nenas MD2 yang sangat manis yang juga ada dijual di situ.




Kami kemudian meneruskan perjalanan untuk mencari buah durian. Terjumpa satu tempat yang menjual durian kampung. Kami singgah dan terus makan di situ. 

Buah duriannya tidak berapa sedap pun kerana yang menjualnya adalah peraih tapi bolehlah sekadar untuk seronok makan beramai ramai. 


Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Lebuhraya sesak sepanjang perjalanan. Malahan ramai kawan kawan yang bertolak dari KL pada hari ini, tak sempat sampai ke hotel. Mereka bertukar pakaian di R&R dan terus ke. majlis kahwin. 

Sesampai di Hotel Thistle, terpaksa pula menunggu lama untuk check in dan mendapatkan bilik. Sebelah petang kami turun di tepi swimming pool untuk makan murtabak yang dibelanja oleh Dr Sabariah. Murtabak Kg Majidee yang dikatakan sangat sedap. Kami juga memesan murtabak frozen untuk dibawa balik. 

Tidak lama di sini, kerana cuaca agak panas dan tidak ada cafe untuk pesan minuman. Mungkin kerana hotel baru beroperasi selepas pandemik Covid 19. 

Sehingga bertemu lagi di entri majlis persandingan anak sahabat kami Datuk Mohd Khairi dan isteri di Dewan De Villa yang cukup meriah.  Boleh klik di SINI.


Catat Ulasan for "JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 2 "