Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 1


Setelah menamatkan catatan percutian kami ke United Kingdom iaitu England dan Scotland di SINI, saya ingin memulakan perjalanan JJCM kami ke Muar Pontian dan Johor Bahru yang sangat menarik. 

Tujuan asal adalah untuk ke Johor Bahru bagi menghadiri majlis perkahwinan anakanda Datuk Mohd Khairi dan Datin Mai Zatul Akmar.

Jadi alang alang dah ramai yang akan turun ke JB, kami merancang perjalanan secara konvoi sambil jalan jalan cari makan dengan singgah di Muar dan Pontian terlebih dahulu.

Setelah semua bersetuju, kami memulakan perjalanan dengan menaiki kenderaan masing masing. Ada juga pasangan yang akan terus ke JB dan ada juga yang berkongsi kenderaan. Kami naik dengan kereta besan kami Dato Setia Salehuddin dan Datin Setia Nursinah.

Perhentian pertama perjumpaan kami ialah di RnR di di mana kami berhenti untuk sarapan ringkas. Di situ kami bersarapan dan bergambar sebelum memulakan perjalanan ke Muar.



Sebaik tiba di Muar, kami terus ke Restoran Asam Pedas JJ yang pernah saya dan suami kunjungi dulu. Kami diberikan ruangan khas yang tidak ramai orang.




Seperti biasa kalau di sini yang dipilih ialah beberapa jenis ikan yang dimasak asam pedas selain ulam ulaman dan sambal.

Ketika di sini juga, kami didatangi oleh penjual tapai yang dibalut dalam daun getah yang masih fresh. Tapai nya sangat sedap sehingga kami semua masih bercerita tentang kesedapannya. Kalau sesiapa ke sana, jangan lupa untuk menanyakan tapai.

Selepas makan tengahari, kami bertolak ke Hotel Trader Muar untuk check in. Agak lama menunggu kerana kami terawal dari waktu check in.



Selepas check in kami berkumpul semula pukul 4.30 petang untuk ke jeti bagi menaiki feri. Oleh kerana dah agak lewat, lebih separuh dari penumpang adalah dari group kami.



Memang seronok menaiki feri menyusuri Sungai Muar dan melalui di bawah jambatan sungai Muar yang seolah mercu tanda bandar Muar. Seperti biasa kecoh dengan gelak tawa antara kami sambil bergambar sepanjang cruise.




Selepas balik kami berjalan ke bandar Muar untuk mencari cendol. Kedai yang terletak di lorong bangunan yang dihias indah dan bersih. 


Cuma tak puashati sedikit kerana tiada cendol seperti yang dicari. Sebaliknya yang ada adalah ala aiskrim cendol. Tapi sebab nak penat berjalan kaki, kami makan lah juga ais krim cendol.



Kami balik ke hotel dan turun semula untuk keluar makan malam di restoran ikan bakar wak jos. Suhaimi yang berasal dari Muar telah membuat semua urusan tempahan. Jadi sebaik sampai, kami tak perlu menunggu lama.

Sepanjang makan malam, kami bergelak sakan bila masing masing mengimbau kenangan ketika menjadi raja sehari. Yang mana menpunyai gambar persandingan dalam handphone, juga turut berkongsi gambar tersebut. Yang tak ada, ada yang terpaksa meminta talian hayat anak anak di rumah untuk snap gambar persandingan.




Jangan lupa sambungan perjalanan ini di SINI. Sehingga berjumpa lagi. Salam sayang buat semua pembaca yang dikasihi.

Catat Ulasan for "JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 1"