Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Perkahwinan Anak Datuk Mohd Khairi Di Mega De Villa


Alhamdulillah kita bertemu lagi hari ini bagi sambungan JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Kami semua sepakat dan setuju untuk bertolak dari Hotel Thistle Johor Bahru ke majlis resepsi perkahwinan anak Datuk Mohd Khairi dan Datin Mai Zatul Akmar di Mega De Villa Jalan Masjid, pukul 7.15 malam untuk mengelakkan kesesakan. 

Walaupun dekat tapi kami tak mahu mengambil risiko kesukaran untuk mendapatkan parking walaupun kawasan parking khas ada disediakan.  

Walaupun tidak berjanji tapi kami semua berpakaian warna sedondon suami isteri. Nampak sangat bergaya dan cantik dalam gambar bila suami isteri memakai tema warna yang sama.  


Waah terpesona melihat deko dewan majlis yang begitu elegance dan cozy.  Cuma dewan ini tidak menpunyai aircond kerana ianya adalah dewan ala ala wedding garden. 

Meriah sekali majlis perkahwinan yang turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi dan isteri serta ramai para kenamaan yang lain. 

Majlis juga diserikan dengan nyanyian dari penyanyi jemputan yang cukup menghiburkan. Selain itu, tuan rumah dan kawan kawan juga turut menyumbangkan satu dua lagu. 

Selesai majlis dan bila tetamu kehormat beredar meninggalkan majlis, kami bersama geng alumni bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya bergambar beramai ramai dengan pengantin di pelamin. Sebelum balik kami juga bergambar kenangan dengan Datuk Khairi dan Datin Mai selaku tuan rumah. 





Sehingga bertemu lagi di entri akhir catatan perjalanan JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru, salam sayang buat semua. Nantikan tempat makan yang kami pilih di Johor Bahru yang sangat nostalgia buat kami semua. Kenapa? Haa kenalah tunggu... 

Catat Ulasan for "Majlis Perkahwinan Anak Datuk Mohd Khairi Di Mega De Villa "