Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Scotland The Lake District - Day 7


Alhamdulillah hari ini, saya berkesempatan untuk menyambung semula catatan percutian kami dari Bicester Village ke Scotland. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Kami keluar dari apartment di Butterbur Garden menuju ke Bicester Village untuk last minute shopping. Kami singgah makan Cinnamon bun di Oliphants. Pukul 10.00 pagi, kami keluar dari Bicester Village dan memulakan perjalanan ke Scotland.


Kami singgah di The Lakes District Ambleside untuk bergambar dan makan sandwich yang kami bawa bekal. Hajat hati nak makan fish and chips di restoran dekat dengan jeti kapal dan ferri berlabuh tapi tak ada parking. 

Dulu kami pernah ke Lake District masa datang dengan anak anak masa dalam perjalanan ke Edinburgh. Di sini juga lah kali pertama saya berpeluang menikmati salji yang agak lebat sehingga membasahi tudung yang dipakai. Jadinya. The Lake District akan sentiasa kekal dalam ingatan. Boleh klik di SINI.


Dulu kami singgah di Lake Windermere, Lake District National Park, Cumbria. The Lake District berada dalam kawasan national park di Cumbria di northwest England. Ianya adalah merupakan destinasi percutian yang sangat popular. 

Kami kemudian memulakan perjalanan ke Fort William tapi di pertengahan jalan kami diarah berpatah balik kerana jalan ditutup. Aduhai dah jauh perjalanan kami bila terpaksa berpatah balik. 

Perjalanan ke Fort Willian sangat jauh memakan masa hampir 12 jam. Bila sampai di Fort William, hari telah malam. Jalan raya nya berbengkang bengkuk dengan sebelah kiri bukit dan sebelah kanan tasik sepanjang perjalanan. 

Aduhaai serious seram juga kerana saya memang tak suka travel malam dengan tiada lampu jalan. Sekali sekala, berselisih dengan kereta lain. Dalam hati. berdoa, jangan lah apa apa terjadi pada kereta di tengah tengah malam yang sunyi.

Kami sampai di cottage yang terletak di kawasan lapang dalam pukul 10.30 malam. Ala ala country home. Cuaca sejuk giler. Pijak lantai pun dah. sejuk macam ais. Selepas selesai, mengemas barang, saya terus menyediakan makan malam dengan memanaskan baki lauk pauk yang dibawa dari London. 

Selesai mengemas dapur, terus masuk tidur dek kepenatan dengan perjalanan yang panjang. Nantikan catatan seterusnya catatan percutian di Scotland yang sangat cantik. Semua tempat pun cantik.  Boleh klik catatan seterusnya di SINI.

Catat Ulasan for "Percutian Scotland The Lake District - Day 7"