Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Percutian Scotland Day 8


Alhamdulillah hari ini saya diberi kekuatan untuk menyambung catatan perjalanan dan percutian kami hari ke8. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Pagi pagi hari pertama di Fort William, dalam kesejukan, saya masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan. Saya menyediakan nasi lemak dan cekodok pisang sahaja.

Selepas sarapan, kami keluar dari cottage yang sangat cantik pemandangannya. Terasa seperti berada di rumah sendiri, ala kampung kampung gitu. Ada pagar papan yang rendah di sekeliling rumah. Di bahagian belakang rumah, siap nampak seperti reban ayam juga.  

Selepas bergambar di hadapan cottage, kami memulakan perjalanan. Destinasi pertama ialah di Harry Potter's Hogwards Express Bridge yang mana terdapat scene dalam filem Harry Porter. 

Dari parking lot, kami kena berjalan dan mendaki kawasan berbukit untuk sampai ke view point cantik untuk bergambar dengan berlatar belakangkan train yang akan lalu di situ. 

Dalam keadaan cuaca sejuk dan saya pula belum benar benar pulih selepas mengalami Covid, kami memutuskan untuk tidak naik. Walaupun saya sebenarnya mahu mencuba tapi dinasihatkan tidak berbuat begitu kerana semasa turun, perlu lebih berhati hati dengan keadaan tanah yang mungkin licin. Jadi kami hanya bergambar di kaki bukit sahaja. 


Kami kemudian berjalan untuk bergambar di kawasan yang lebih berdekatan dengan laluan keretapi. Sepanjang jalan ke sana, pemandangan semuanya cantik walaupun hanya anak sungai kecil. Terasa macam hendak bermain air sungai yang mengalir jernih tersebut. 

Juita, Aween dan Hubby naik kawasan tinggi sehingga menghampiri dengan jambatan laluan keretapi. Nampak lebih jelas railing keretapi tersebut.


Saya dan Nellisa hanya menunggu di bahagian bawah. Bila melihat cantiknya gambar yang mereka ambil di bahagian atas, rasa menyesal kerana tak ikut naik. Hahaha rasa macam nak berpatah balik tapi semua orang dah sampai ke tempat parking. Jadi terpaksalah melupakan hasrat tersebut. 


Serious, kalau anda ke sini, jangan lupa untuk naik ke atas untuk bergambar. Cantik sangat. Saya dan Nelly kemudian duduk dibangku yang disediakan. Memesan kentang goreng dan hot chocolate yang sangat sedap lebih lebih lagi dalam cuaca sejuk.  




Kemudian ke Three Sisters The Blanco yang juga dikenali sebagai Bidean Nam Bian Mountain terletak di the Valley Glen off A82. Kawasan ini boleh dikunjungi sepanjang tahun dan awal winter, rumput akan bertukar menjadi warna kuning keperangan yang cantik. 

Di sini sangat cantik untuk bergambar, terasa aura yang susah untuk diungkapkan dengan kata kata. Seolah berada di tempat yang terasing, di kelilingi tanah bergunung ganang dengan udara yang sejuk. 

Ada beberapa tempat yang kita boleh berhenti dan park kereta untuk kita turun bergambar. Jika suka, boleh berjalan menuruni sehingga ke bawah. 


Kemudian ke Oban untuk makan the seafood capital of Scotland. Semasa dalam perjalanan ke sana, kami berhenti singgah di tempat yang nampak cantik untuk bergambar. 

Betul lah yang ditulis ramai orang, di Scotland, kita boleh berhenti di mana mana sahaja untuk bergambar kerana semua pemandangannya cantik dengan gunung ganang dan tasik yang mengelilingi. 


Ada restoran dan ada juga seperti gerai yang menjual makanan laut. Kami berjalan ke gerai yang terletak berhadapan terminal feri. Masya Allah semua masakan di sini sedap sedap. 

Kebanyakan masakan seperti dikukus atau dimasak dengan mentega dan garlic sahaja. Jadi ianya lebih sedap dan terasa manisnya makanan laut yang sangat segar ini. Walaupun allergik tetap makan kerana sedap dan fresh.



Kami order oyster fresh, sandwich salmon dan ketam. Kami order tambahan lagi setiap kali habis. Laju jer masing masing makan. Bila makan berebut rebut macam ni, lagi sedap. Hahaha

Dalam perjalanan balik ke cottage, kami singgah di Pasaraya Aldi. Saya beli udang dan salmon. Malam tu, kami makan malam dengan kari ikan salmon, udang goreng dengan kacang buncis dan telur dadar. Makan dalam cuaca sejuk ni, apa lagi menambah nambah lah. Apalagi masakan melayu pulak, lagi kena dengan tekak kami.



Catat Ulasan for "Percutian Scotland Day 8"