Jumaat, 4 Februari 2022

JJCM Pulau Pinang Hari 3



Selepas makan kari ikan sembilang di Parit Buntar, kami bertolak ke Penang. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selepas check in kami berehat seketika. Kemudian kami berjalan kaki ke The Gurney plaza. Saya tak bawa baju yang cukup. Hajat hati nak cari baju, tapi tak banyak kedai. 

Dari situ, kami berjalan kaki ke Anjung Gurney. Dulu saya suka melihat laut dari hotel. Sekarang dah ditambak. Di Anjung Gurney, saya tak order apa apa pun kerana masih kekenyangan. Hanya menemani Hubby dan Aween. Saya hanya minum teh tarik.

Pagi pagi keesokannya, kami ke Food Court Komplek Nipah untuk mencari Pakwan kuey Teow Goreng yang dicadangkan oleh ramai follower saya. Ianya adalah kuey teow ala chinese style yang kering. 

Saya biasa makan kue teow goreng kering seperti ini di medan selera tempat saya bekerja, jadi pada saya kue teow ini biasa biasa sahaja. 


Kami juga makan apam lenggang. Kuih ini sangat sedap bila dimakan panas panas dengan bahagian tepi yang garing. Kuah nya pula memang kena dengan selera saya kerana ada rasa lemak dan manis. 


Kami kemudian pergi pula ke medan selera Tanjung Bungah tapi gerai roti canai ditutup pulak hari tu. Jadi kami terus balik ke hotel untuk check out dan check in di Hotel Jen pula. 

Selepas solat, kami keluar untuk makan mee sotong Hamid Pata di Esplanade. Setelah berjalan jauh kerana tiada parking, kami terpaksa keluar kerana orang beratur terlalu ramai di gerai tersebut terlalu panjang. 

Kami kemudian pergi ke Hameediyah tapi sesampai di sana, terkejut melihat orang beratur panjang. Aduhai kenapa lah sampai jadi macam ni, adakah ianya gara gara viral. Kami datang ke sini kerana sejak dulu lagi kami akan ke sini untuk makan nasi kandar. Dulu tak ada pun perlu beratur, boleh terus jer masuk dan dapat tempat duduk.  

Kami kemudian mencari Nasi Kandar Deen di Jelutong. Orang ramai juga beratur tapi mereka hanya untuk take away sahaja. Kami menyeberangi jalan dan makan di Shah Maju Nasi Kandar. Saya tak makan pun kerana nak makan ikan bakar. Hanya aween dan Hubby jer makan nasi kandar. Katanya sedap.


Kami kemudian ke Teluk Tempoyak tapi sebab kedai ikan bakar dibuka mulai 5.30 petang, kami bergambar kenangan dulu. Cantik kerana berlatar belakangkan laut dan jambatan kedua Pulau Pinang.



Sebaik sahaja dibuka, kami terus memesan ikan siakap putih bakar. Ikan siakap laut. Isinya sangat sedap. Harga juga sangat berpatutan, hanya RM40 sekilo. 

Memang hajat tak nak makan mkanan yang berat. Jadi hanya order 2 nasi lemak. Share dengan hubby. Ikan bakar nya sedap kerana ikan di sini sangat segar. 

Sambal yang bersalut pada ikan juga sangat sedap. Kalau tak cicah dengan air asam pencicah, pun dah sedap. Jika suka pencicah, ada juga disediakan pencicah kicap dan air asam.


Semasa balik, jalan agak sesak kerana banyak kenderaan ingin menggunakan jambatan Pulau Pinang. Hubby mengajak untuk ke Padang Brown sebelum balik ke hotel. 

Walaupun dah amat kekenyangan, kami order juga pasembor sekadar nak merasa sebab ramai yang mengesyorkan untuk kami mencuba pasembor di sini.


Selepas makan, kami balik ke hotel. Memang penat dan kekenyangan selepas seharian keluar ke sana sini. Ya lah nama pun JJCM, walaupun makan sikit sikit tapi bila dah banyak, memang kenyang sangat. Boleh sambungan catatan hari akhir di SINI


1 ulasan

  1. Lama tak jenjalan Penang. Nanti nak pergilah 😊💕.

    BalasPadam

Add your comment