Khamis, 3 Februari 2022

JJCM Taiping dan Pulau Pinang Hari kedua



Assalamualaikum, hari ini saya ingin sambung lagi catatan perjalanan ke Taiping yang sebelum ini, boleh klik di SINI. Pagi pagi hari kedua, kami ke Faisal House untuk sarapan dengan roti bakar arang dan nasi lemak. 

Saya ambil nasi lemak paru dan nasi lemak sotong. Sedap juga nasi lemak nya. Wangi dan bau aroma lemaknya. Sambal pun sedap.

Orang ramai tapi oleh kerana restorannya agak luas dan terbuka, jadi tak lah satu meja dengan satu meja berada pada jarak yang dekat. Jadi kita pun tak lah risau sangat bila makan di sini. 



Selepas makan, terus balik ke hotel untuk hantar sarapan Aween. Kemudian kami keluar semula ke Taman Tasik Taiping untuk sekadar jalan jalan dan ambil gambar. 

Memang cantik tasik ini terasa sangat romantis dengan pemandangan gunung di belakangnya. Tapi itulah risau juga nak jalan jalan jauh jauh kerana bandar Taiping ni, cuaca tak menentu. Dengan tiba tiba jer hujan boleh turun. 



Hari gelap macam nak hujan jadi tak berani jalan jauh jauh dari kereta. Takut hujan pulak, nanti tak sempat sampai ke kereta. Kami pula tak bawa payung. Bila hujan nak mula turun rintik rintik, kami pun beredar.

Selepas itu, kami ke Cendol Ansari yang sangat famous dan terkenal di Taiping. Selain cendol Ansari ada satu lagi Cendol Bismillah yang juga famous di Taiping. 


Saya yang tak suka pasembor pun makan sehingga separuh pinggan. Sedap pulak kuahnya. Cendolnya memang sedap lah dengan cendol jenis yang halus halus.


Balik hotel, kami berehat kerana belum memutuskan mana destinasi seterusnya samada ke Lumut atau Teluk Intan. Hubby kemudiannya mencadangkan untuk ke Penang. Saya bersetuju dan minta cari hotel yang menpunyai private pool untuk Aween. Tapi sayangnya semuanya fully booked.

Dalam perjalanan, kami singgah ke Parit Buntar kerana ramai yang mencadangkan untuk kami singgah makan kari ikan sembilang. Saya mula google mana kedai yang menjual kari ikan sembilang di Parit Buntar.

Ada beberapa kedai tapi banyak yang tutup. Akhirnya jumpa Kedai Bandar Baharu Kari Sembilang. Lauk ikan sembilang dah habis tapi mereka ada stok ikan dalam peti sejuk. Jadi kami kena tunggu, mereka masak kari ikan sembilang untuk kami. 

Kami pun hari tu tak bertanya harganya sebelum dimasak. Saya kira harganya mestilah mengikut berat timbangan kilo juga. Tapi selepas makan, baru tahu yang harganya dikira mengikut potong. Harga sepotong adalah RM5.00. 

Jadi harga yang dibayar mahallah juga kerana kami mengambil beberapa potong ikan goreng dan ikan kari.  Jadi berhati hatilah bila membeli makanan. Kalau boleh, tanya harganya dulu.




Selepas makan, kami memulakan perjalanan ke Pulau Mutiara yang memang antara destinasi percutian pilihan kami sejak dulu. Sehingga bertemu lagi di catatan perjalanan di Pulau Pinang, jangan lupa untuk klik follow blog saya. 



Add your comment