JJCM Pulau Pinang Hari 4
Alhamdulillah, hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan hari akhir di Pulau Pinang dan Taiping. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Jangan lupa klik follow blog juga tau.l
Hari terakhir di Penang, kami plan untuk ke Astaka Taman Tun Sardon awal awal pagi. Tapi sebab Hubby ada urusan kerja secara online, jadi keluar agak lambat. Semasa sampai kami tercari cari gerai serabai dan lain lain gerai makanan yang disyorkan. Bila hubby nak order serabai, dah habis. Aduhaai kecewa sangat.
Saya makan mee wantan dan hubby order mee hoon sup sri buana. Alhamdulillah sedap juga. Kedua duanya adalah antara makanan yang disyorkan untuk kami mencubanya.
Walaupun dah kenyang tapi saya beli juga nasi lemuni dan sandwich daging. Makan sikit sikit sekadar nak merasa.Tak mengecewakan kerana kedua duanya sedap. Berbaloi baloi mencubanya.
Satu yang saya perhatikan, di mana pun teh tarik di Penang ni semua sedap sedap. Cukup rasa lemak dan manisnya.
Balik dari Astaka, kami terus ke Kareem Pasembor berdepan Maybank di Lebuh Union. Susah betul nak parking di sini. Selepas pusing kali kedua baru dapat.
Juga kerana masih kekenyangan, order sikit sahaja pasembor. Kami order teh halia dari gerai sebelah. Kebetulan ada seorang follower dari Kelantan yang dalam perjalanan untuk bercuti di Taiping telah singgah membeli pasembor di sini juga. Beliau menegur kami dan sempatlah sembang sembang serta posing buat kenangan. Masya Allah rezeki ada di mana mana, bila beliau telah membayar makanan kami.
Balik ke hotel, kami terus mula mengemas barang barang. Selepas solat, kami check out. Hahaha gigih sebelum balik KL, saya mengajak Hubby singgah sekali lagi bergambar di Taman Tasik Taiping kerana dulu kami tak sempat ambil gambar berdua.
Tulis seorang follower supaya saya ambil gambar banyak banyak di Taman Tasik Taiping, kalau tidak, pasti menyesal. Alang alang dah ke Taiping, singgah gerai makan di Gerai makan Station FMS. Hubby order kue teow goreng ala Chinese Style seperti mana yang ramai syorkan.
Percutian ke Taiping dan Pulau Pinang kali ini sangat menyeronokkan. Kami redah jer tanpa book hotel dahulu seperti kebiasaannya. Rasa nak extend lagi satu malam, baru cari hotel. Ikutkan hati nak jer bermalam lagi di Taiping tapi hotel dah penuh. Keduanya, saya dah tak ada baju.
Kita kena buat sesuatu yang di luar kebiasaan, baru lebih seronok. Biasa kalau ke Pulau Pinang, makan makanan sama dan tempat sama. Kali ini benar benar mencari dan mencuba makanan penduduk setempat.
Terima kasih kepada semua follower yang semuanya sangat sporting untuk berkongsi tempat makan menarik. Luv uoll.
Catat Ulasan for "JJCM Pulau Pinang Hari 4"
Add your comment