Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part II

 


Hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI. Harap anda semua sudi untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik follow blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Pagi pagi hari kedua, kami terus ke pejabat Dato Ir Wan Nazari untuk sarapan nasi dagang Kak Jah Bukit Besar. Terharu sangat bila Dato terpaksa pergi sendiri dan beratur untuk membeli nasi dagang di situ kerana staff beliau bercuti.



Saya memang suka nasi dagang di situ. Tapi kena banyak bersabar kerana memang kerana beratur lama. Kenapa lama? Satunya sebab memang orang ramai. Keduanya, hanya seorang yang membuat segala galanya. Dari bungkus nasi, ikan, ambil bayaran dsb. 

Kalau kedai lain, biasanya yang masukkan nasi orang lain, yang masukkan ikan orang lain. Bila ada pembahagian tugas, kerja menjadi lebih cepat. Nasi kan dah ada sukatan, satu mangkuk sebagai contoh atau berapa senduk.

Selepas makan, saya terus ke Kuala Ibai kerana ada jemputan dari owner Edani’s River Cottage yang beberapa kali mesej meminta saya singgah. Walaupun kesuntukan masa, saya ambil juga peluang untuk singgah.


Masya Allah sangat cantik. Saya memang sangat suka sungai. Sungai adalah sebahagian dari masa kecil saya yang membesar di sungai. Air sungai tenang dan yang paling saya suka, melihatnya banyaknya ikan laut dalam air sungai payau ini. Kali pertama kot saya melihat ikan sebegini di sungai. 

Melihat pokok nipah sepanjang sungai membuatkan saya mengimbau kenangan menaiki sampan menemani arwah ayah untuk menangkap udang. Tugas saya adalah memegang batang nipah supaya perahu tidak dihanyutkan ketika bubu dinaikkan.

Selepas minum kopi dengan keropok lekor kami bergegas balik ke hotel untuk check out. Kalau ada yang mahu mencari penginapan di Kuala Terengganu, saya sangat syorkan untuk anda menginap di sini dan rasakan suasana sungai yang mendamaikan. Boleh bawa pancing dan duduk lepak santai di tepi sungai.

Selepas check out, kami bergambar di hadapan hotel. Sungai yang cantik berlatarbelakangkan jambatan angkat Kuala Terengganu.


Kami kemudian meneruskan perjalanan kami ke Kota Bharu. Jangan lupa catatan perjalanan saya di sana di SINI.


Catat Ulasan for "JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part II "