Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuala Terengganu dan Kot Bharu

Selepas balik dari JJCM di Muar saya mengajak Hubby untuk balik kampung. Dah lama tak balik kampung. Sebelum PKP juga tak dapat balik. Oleh kerana saya mahukan perjalanan yang santai sahaja, saya katakan mahu balik dengan kereta bila ditanya kalau mahu balik dengan flight.

Kalau balik Kelantan sahaja memang saya suka balik dengan flight dan sewa kereta sepanjang di sana. Tapi sebab saya mahu sekali singgah di Kuala Terengganu, jadi kereta adalah pilihan yang terbaik.

Kami bertolak pagi Selasa selepas menghantar Ammar ke sekolah. Kerana sangat teruja untuk ke Terengganu sehingga saya tak mahu singgah sarapan. Kami mengambil LPT untuk terus ke Kuala Terengganu. Semasa singgah mengisi minyak, Hubby beli sedikit makanan untuk mengisi perut yang kosong.

Sesampai di KT, saya mencari nasi dagang Atas Tol yang dikatakan sangat sedap. Malangnya kesemua cawangan ditutup. Semasa mencari cari, kami keluar di jalan berhampiran Hotel Permai. Saya tahu di sebelah hotel, ada kedai yang menjual keropok lekor sedap.

Semasa kami sampai, mereka baru mula berniaga. Masih mengatur makanan makanan di meja. Saya memesan nasi kuning berlaukkan gulai ikan ayo dan hubby pula nasi minyak dengan lauk daging. Tapi secara jujur masakan mereka hari tu, tak berapa kena dengan selera saya.

Dari sana, kami terus ke Pantai Teluk Ketapang untuk makan ikan celup tepung. Ketika kami sampai orang belum ramai. Sebaiknya saya mengelakkan pergi ke tempat yang ramai orang. Kami memesan ikan pari, udang dan sotong celup tepung. Mungkin sebab masih kenyang, saya makan sedikit sahaja.




Selepas makan kami terus ke Pulau Duyong untuk check in di Marina Resort Pulau Duyong. Cuaca panas terik ketika itu. Resort hotel yang berbentuk chalet. 

Bilik hotelnya cantik, cuma perlukan maintenance. Mungkin telah masa untuk menukar perabut dan sebagainya yang kelihatan agak lama. Air cond juga tidak berapa sejuk sehingga bila solat pun, berpeluh peluh. 


Hajat hati nak lepak lepak dalam bilik sahaja sebelum keluar sebelah malam untuk makan malam dengan sahabat kami Dato Ir Wan Nazari. Tapi coursemate masa di universiti Puan Hasnah menelefon, menjemput untuk keluar minum minum.

Selepas solat, kami keluar ke kawasan tempat makan belakang airport untuk makan ikan celup tepung sekali lagi. Lama juga kami bersembang dengan Nah yang telah tidak bersua sekian lama selepas menamatkan pengajian universiti.


Balik hotel dan selepas solat, kami ke Hotel Primula Beach Resort untuk makan malam dengan Dato Wan Nazari. Kami makan di Anjung Bistro yang sangat sejuk dengan tiupan angin laut.



Selepas makan, kami balik hotel untuk berehat. Kali pertama kami menginap di hotel ini. Jangan lupa sambungannya di SINI.


Catat Ulasan for "JJCM Kuala Terengganu dan Kot Bharu"