Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part III



Hari ini, saya ingin menyambung catatan perjalanan kami ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Boleh rujuk entri sebelumnya di SINI. Kami kemudian bertolak ke Kota Bharu dengan melalui jalan lama. 

Sesampai di Jertih, kami singgah membeli donut Lambong yang dikatakan sangat gebu dan lembut. Jika suka,  boleh berhenti minum di situ. Bolehlah menikmati donut panas panas sambil menghirup kopi panas. 

Kami kemudian meneruskan perjalanan dan sebaik sampai di Kota Bharu, kami terus mencari nasi kerabu untuk makan malam. Destinasi kami adalah simpang empat Cherang. 

Saya membeli nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih. Kalau tengok lauk pauk di situ, memang boleh rambang mata. Semua sedap dan lebih lebih lagi bila lama tak balik kampung. 


Kami menginap di Hotel Grand Renai, Kota Bharu. Sebelah malam kami hanya melepak di bilik. Lagi pun Kota Bharu, tiada apa apa aktiviti menarik boleh dilakukan sebelah malam selain dari makan dan mengopi. Selepas makan, kami menonton TV.

Esok pagi, kami keluar untuk ke Bachok kerana di rumah kakak ada membuat sedikit masak masak dan makan makan. Kami menyediakan gulai kawah seekor kambing yang dicampur sekali dengan mumban nyor. 

Gulai kawah kambing yang tersedap adalah gulai kawah yang dimasak di rumah kakak saya. Ada tukang masak tapi kami beramai ramai akan merasa sehingga rasa dah ngam dan sedap.


Selepas selesai memasak kami terus makan kerana masa ni lah yang paling sedap. Selain lauk gulai masih panas, juga kerana perut pun dah kelaparan. Makan nasi putih berlaukkan gulai kambing dan sambal sahaja dah cukup sedap. Kalau suka, bolehlah tambah ikan kering dan ulam ulaman.

Selepas Zohor, kami berkumpul untuk mengadakan majlis bacaan doa dan selawat sesama anak beranak juga. Selepas berehat dan bersembang sembang dengan adik beradik, kami balik ke hotel untuk berehat. 

OK setakat ini dahulu, jangan lupa sambungan nya di entri di SINI


Catat Ulasan for "JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part III"