Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kota Bharu Pantai Nami




Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan saya ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan dan klik follow blog ya.

Pagi pagi kami bangun dan hajat hati hendak bersarapan nasi berlauk di kedai menantu sahabat saya di Bachok. 

Tapi bila saya call, katanya kedai ditutup kerana ada pengubahsuaian kedai. Jadi terpaksa lah mencari ke sana sini untuk sarapan. Akhirnya kami ke gerai nasi kerabu depan Bomba. Dulu pernah sarapan di sini, tapi sekarang dengan musim PKP, orang beratur terlalu panjang. Setelah lama beratur baru tahu, rupanya kalau nak makan di kedai, beratur di lorong lain. Aduhaaii.

Selepas sarapan, kami menuju ke Pantai Nami Malaysia yang ala ala Nami Island di Korea Selatan. Teruja melihat kecantikan pokok ru yang ditanam secara tersusun cantik sepanjang pantai. 

Terasa macam ada di Nami Island sekejap. Masa di Nami dulu, tak puas puas nak posing di celah celah pokok. Boleh klik di SINI kalau nak baca catatan perjalanan saya di Nami Island, Korea. 



Seronok pula bila berkelah di bawah pokok ru. Selain teduh juga, tanahnya lembut sahaja kerana timbunan daun daun ru kering yang gugur di tanah. 

Kakak ipar membawa banyak juga bekalan makanan. Ada juga ayamd an daging kambing perap yang dibakar di situ. Saya memang dah lama tak berkelah seperti ini. Kami kalau pun pergi berkelah, tak bawa bekalan. Singgah makan di restoran sebelum pergi atau semasa balik. 


Kali terakhir rasanya pada cuti hari kemerdekaan tahun di mana Princess Diana meninggal kerana kemalangan jalanraya di Paris. Itu pun kami pergi ke Hulu Langat dan tumpang makan makanan yang dibawa oleh sahabat kami. 

Seronok juga di dalam cuaca sejuk terutama selepas mandi sungai, makan roti bakar panas panas dan kopi panas. Waah nostalgia sangat. 

Sedap makan daging bakar yang dibakar panas panas. Apalagi bila makan secara beramai ramai. Setiap kali masak, sekejap dah habis. Dah jadi ala ala chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada gitu. 


Oleh kerana hari itu adalah hari jumaat, geng lelaki pergi solat Jumaat di masjid berhampiran dan kami pula hanya lepak lepak di situ. 


Selepas mereka balik dari solat Jumaat, kami berrgambar di antara pokok pokok ru sementara menunggu kakak saya, Kak Yah dan anak cucu sampai.

Balik dari Pantai Nami, kami singgah rumah abang untuk ambil tuak yang dipesan dari kawan anak saudara. Sesampai di hotel, terus simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum minum secawan. 

Waah memang sedap sebab dah lama tak minum air tuak segar seperti ini.  Dulu kalau bulan puasa, mesti ada air tuak untuk hidangan berbuka puasa.

Sebelah malam, kami mula berkemas kemas barang barang kerana seperti biasalah, bila datang 1 bag, bila balik mesti bag pun dah tak muat. Tapi sebab datang dengan kereta, boleh jer terus masukkan ke dalam kereta. Tak risau nak masukkan dalam bag atau beli bag baru. Cukup setakat ini dahulu, nantikan sambungan di entri akan datang. 

Catat Ulasan for "JJCM Kota Bharu Pantai Nami "