Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Acar Timun Mentah

Acar Timun Mentah

Acar timun mentah jer pun. Itu pun nak tulis dalam blog ke? Hahaha sebelum ada yang bertanya, biarlah saya sendiri bertanya dan menjawabnya. Blog saya ini juga banyak dirujuk oleh anak anak yang baru berjinak jinak di dapur dan anak anak yang sedang belajar di luar negara. Jadi resepi resepi pastinya bermula dengan yang mudah dan asas. 

Semua orang pun boleh menyediakan acar timun mentah. Tapi tidak ramai yang mahu mengajar. Maksud saya orang yang bila ditanya akan menjawab, bahan biasa jer. Hmm tapi tak diberitahu pula bahan biasa tu, macam mana rupanya. Jadi itulah sebab resepi asas pun, saya tetap kongsikan dengan sukatan sekali sebagai panduan. Boleh tambah dan boleh dikurangkan ikut selera masing masing. 

Saya belajar resepi dan sukatan ini dari kakak saya sendiri yang memang selalu ditugaskan untuk menyediakan acar bagi majlis kenduri kenduri di rumah kami di kampung.

Acar Timun Mentah

Acar yang kena sukatannya akan menjadi sedap dan rangup. Tak perlu masukkan air. Tidaklah terlalu cair kerana timun sendiri akan menghasilkan air juga. Jadi cuka dan gula akan kelihatan seperti pekat tapi lama lama ianya akan bercampur dengan air timun. 

Jika resepi asal kakak saya menggunakan 1 botol cuka dengan 1 kg gula dicampur lagi 2 senduk gula. Ini sukatan untuk sebesen besar acar timun untuk jamuan kenduri. Boleh lihat di SINI. Jadi kalau untuk memasak dalam kuantiti yang sedikit, boleh dikurangkan contoh ke separuh atau 1/3 dari sukatan itu. Saya makan daging acar timun mentah ni dengan daging goreng di SINI. Hanya ini sahaja, pun makan menambah nambah.

Jom layan resepi yang saya olah di bawah ini. Selamat mencuba...

Acar Timun Mentah

Acar Timun Mentah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2-3 batang timun
1/2 batang karot
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar Holland - hiris nipis
220 ml cuka makan - 1/3 botol
350 gram gula pasir atau secukupnya
Garam
Setitis pewarna kuning - opsyenal

Cara cara:
Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga gula hancur. 

Acar Timun Mentah

Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. 

Acar Timun Mentah

Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa


7 ulasan for "Acar Timun Mentah "

  1. Nasib. Aik ada 😅😅 boleh gak rujuk utk newbies mcm kami ni

    BalasPadam
  2. Klu takde cuka mcm mana kak..blh ganti dgn ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat acar wajib ada cuka. Tak ada tak menjadi.

      Padam
    2. Kalau takde cuka bolehkah ganti limau nipis?

      Padam
  3. Nasib ad ajar. Baru nk try buat sendiri. Terima kasih. 😊

    BalasPadam