Isnin, 26 Disember 2011

Acar Timun Mentah Kelantan

Acar Timun Mentah Kelantan


Acar timun mentah ini adalah antara sayur yang disediakan dalam majlis kenduri kendara di Kelantan. Sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak menjemukan. Ini adalah antara masakan yang dihidangkan dalam majlis aqiqah di rumah kakak saya semalam.

Kakak sulong saya, Kak Hasnah memang pakar dalam menyediakan Acar Timun Mentah ini. Bila ada kenduri, memang bab menyediakan ini akan diserahkan pada dia. 

Saya suka meratah acar yang memang rangup. Sedap diratah begitu sahaja. Jom layan resepi yang digunakan...



Acar Timun Mentah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
1 kg dan 2 senduk gula pasir
Garam

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.


Acar Timun Mentah Kelantan
bahan diperlukan timun dan karot

campur garam, gula dan cuka hingga hancur sebati


masukkan bawang besar

Acar Timun Mentah Kelantan
tuang dalam hirisan timun

Acar Timun Mentah Kelantan
masukkan karot dan cili merah

Acar Timun Mentah Kelantan
kacau rata

Acar Timun Mentah Kelantan
sesuaikan rasa



13 ulasan:

  1. bawang besar tu soak dengan apa kak? looks yellowish?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedikit serbuk kunyit

      Padam
    2. Assalamualaikum Puan,

      Saya nak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan 1kg dan 2 senduk gula? adakah 1kg+2senduk gula?...tq.

      Padam
    3. Ya betul 1 kg dan tambah lag 2 senduk

      Padam
  2. Assalamualaikum kak azie. saya nak Tanya.. resepi ini untuk berapa orang makan?

    BalasPadam
  3. Sedap.dah cuba. Thanks for the recipe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum pn azie...satu botol besar ka cuka tu? Kalau letak asam boi ok ka?

    BalasPadam
  5. cuka tu tuang satu botol ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau utk sukatan gula seperti yang digunakan.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon