Percutian London dan Europe 2019 Hari: 2
Hari ini saya ingin sambung catatan percutian London dan Eropah kami. Ianya lebih kepada catatan peribadi dan memudahkan rujukan kami di masa depan. Di samping itu, memang ramai follower saya meminta saya kongsikan catatan ini terutama bagi mereka yang pertama kali mahu membuat lawatan dan percutian secara sendiri seperti ini.
Apa yang lebih istimewa ialah kerana percutian secara road trip ini adalah yang pertama buat kami di luar dari UK. Sebelum ini kami hanya memandu di dalam UK dan Scotland sahaja. Jadi jika ianya memberi manafaat kepada follower saya, saya juga akan lebih gembira. Jadi be positive, tak perlu fikir atau beranggapan apa apa ya.
Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari pertama di London, kami tinggal di Hotel Grand Plaza. Pagi pagi lagi saya dah bangun. Ingatkan bila tidur lewat, saya tidak akan terjaga waktu Malaysia. Hmm masih terjaga waktu Malaysia. Jadi oleh kerana pukul 2 pagi dah terjaga, saya bangun menyediakan nasi goreng, simple simple dimakan dengan telur dadar.

Semua bangunan di London ni cantik cantik untuk diambil gambar. Memang sangat cantiklah. Walaupun datang ke sini beberapa kali pun, tetap nak mengambil gambar di hadapan Grand Plaza ni.
Kami bersarapan continental yang ringkas sahaja. Makan roti bakar ala kadar sekadar mengalas perut sahaja. Selepas bersarapan, kami terus bertolak ke Folkestone untuk mengambil Eurotunnel train ke Calais.
Kereta ini memang muat muat sahaja bag kami yang memang bersaiz besar besar. Hubby sengaja mengambil kereta yang dapat memuatkan bag yang besar dan banyak. Kami sewa kereta dengan syarikat SixT. Kos insurans sangat mahal iaitu £1000 dan deposit pula £500.
Kami sampai di Folkestone pukul 10.12 pagi. Terdapat dua kali pemeriksaan passport iaitu di sebelah UK dan juga di sebelah France. Jadual train kami yang asal ialah pukul 12.30. Tapi kami ditanya jika ingin masuk ke train yang lebih awal iaitu 11.40. Tentunya kami mahu.
Sebelum masuk, kami singgah ke mall berhampiran untuk ke bilik air, beli sim card dsb. Bila keluar sahaja dari kereta, menggigil jadinya. Bukan sahaja sejuk dengan angin tapi hujan pula turun renyai renyai.

Pengalaman pertama naik Eurotunnel train yang terdapat 2 tingkat. Terasa juga pening sebab terasa kereta yang kita naiki bergoyang goyang juga. Di dalam eurotunnel ada kemudahan tandas, jadi tak perlu risau. Perjalanan dengan eurotunnel train mengambil masa selama 35 minit sebelum tiba di Calais.
Dari Calais perjalanan ke Paris mengambil masa selama 3 jam. Mula mula agak risau dan kekok kerana pemanduan di Europe adalah sebelah kanan. Saya memberitahu hubby dan anak anak, bahawa percutian secara road trip ni kena enjoy. Tidak perlu tergesa gesa. Jika mahu berhenti, kita berhenti.
Kami berhenti untuk mengisi minyak, ke bilik air serta makan dengan bekalan nasi goreng yang saya sediakan. Berkelah ala ala si Nopal anak Bahenol gitu. Kalau kat Malaysia, memang tidak lah untuk saya berkelah dengan cuaca panas tu. Tapi di sini, nyaman jer seolah berada dalam aircond.

Sesampai sahaja di bandar Paris, kami terus ke hotel untuk check in. Kami sepatut tinggal selama 2 malam di Hotel Helzear Etoile yang terletak di belakang dan berhampiran dengan The Arc de Triomphe de l'Étoile dan butik Louis Vuitton yang terkenal di Champs-Elysees. Kemudian diganti dengan bangunan lain bersebelahan kerana katanya terdapat lampu yang rosak. Bangunan baru ini lebih mudah kerana terletak dalam keadaan jalan yang rata.
Haa boleh berjalan kaki sahaja jika ingin ke butik butik mewah sepanjang Champs-Elysees and Avenue Montaigne. Biliknya sangat kecil tapi harganya sangatlah mahal. Bilik hotel yang termahal dalam percutian kami ini.

Selepas menunaikan solat, kami terus ke Galeries Lafayette. Agak sukar untuk mencari parking terpaksa parking di bangunan sebelah dengan Galeries Lafayette. Nampak tanda P di belakang gambar di bawah ini. Itulah tempat kami parking. Itu pun, beberapa kali terpusing pusing untuk mencari tempat parking di dalamnya.
Ketika sampai di Galeries Lafayette, hanya ada beberapa jam sebelum ditutup. Barisan untuk masuk ke butik LV agak panjang. Sementara Juita dan Nelly beratur, saya dan Hubby berlari ke butik Dior dan Prada. Saya sebenarnya belum decide apa handbag yang saya ingin beli. Jadi saya mahu melihat lihat harga terkini, Maklum harga handbag asyik naik setiap tahun. Lagi pula, kami tidak mahu membuang masa kerana kami hanya tinggal di Paris selama 2 malam sahaja.
Setelah melihat harga, kami pergi semula ke butik LV di mana Juita membeli handbag LV Graceful Damier Ebene kiriman dari follower IG beliau iaitu @shopforyou.mys dan saya juga beli bag kecil untuk credit dan debit card. Nelly asyik menegur dan meminta saya menyimpan card dalam bag yang lebih sesuai.

Selepas, itu kami ke bangunan H&M di sebelah Galeries Lafayette. untuk mencari baju untuk Hubby dan anak anak. Keluar dari situ, kami ke Gare De Nord untuk mencari makanan Arab yang saya pernah singgah makan dengan anak anak dulu. Oleh kerana ketiadaan parking, hari pulak hujan renyai, jadi hanya saya dan Nelly sahaja yang keluar membeli makanan untuk dibungkus dan dibawa balik ke hotel.
Selepas makan, kami terus tidur dek kepenatan dengan perjalanan yang jauh. Tiada jet lag kerana tidur lena hingga ke pagi. Cukup setakat ini dahulu, hingga jumpa di entri akan datang.
Selepas makan, kami terus tidur dek kepenatan dengan perjalanan yang jauh. Tiada jet lag kerana tidur lena hingga ke pagi. Cukup setakat ini dahulu, hingga jumpa di entri akan datang.
Catat Ulasan for "Percutian London dan Europe 2019 Hari: 2"
Add your comment