Ahad, 21 April 2019

Percutian London dan Europe 2019


Alhamdulillah kami telah selamat sampai di rumah setelah bercuti selama lebih 2 minggu dari 5 hingga 19 April 2019 ke United Kingdom dan beberapa buah negara di Eropah. Hari ini adalah hari kedua di rumah, saya mula beransur pulih dari jet lag dengan bantuan herba yang dibeli dari sana. 

Hari pertama, kami menpunyai 3 majlis perkahwinan anak anak jiran yang perlu dihadiri. Jadi memang kena gagahkan diri kerana banyak urusan menanti di sini. Jadi hari ini, saya ingin kongsikan siri catatan percutian 2019 kami. Ianya juga untuk kenangan dan rujukan kami di masa hadapan. 

Percutian ini adalah percutian yang lama dinanti nantikan. Namun manusia hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Bila di saat akhir hanya Nelly sahaja yang dapat menyertai kami. Juita yang sedang bercuti telah menunggu kami di hotel Grand Plaza London sebelum kami memulakan percutian ke beberapa negara di Eropah. 

Kami bertolak ke KLIA pukul 5.00 pagi dengan mengambil teksi. Sesampai di airport, kami menunaikan solat Subuh di surau. Kemudian kami bersarapan di Kopi Time sebelum beredar ke ruang pelepasan. Kami duduk di ruang menunggu gate C16. 

Kami menaiki penerbangan MAS MH 004 ke London pada 5 April 2019. Flight berlepas tepat pada pukul 10.15 pagi. Sepanjang penerbangan selama 13.25 jam, saya hanya tidur dan bila terjaga, saya berzikir. Kami mendarat di lapangan terbang Heathrow pukul 4.45  petang waktu tempatan dengan suhu 12 degree. 

Dari Heathrow Airport, kami terus mengambil kereta yang disewa dan terus menuju ke hotel Grand Plaza London. Wah dapat kereta baru yang belum digunakan oleh sesiapa. Kereta Discovery Ford Ranger. Saya memang suka kereta jenis ini. 

Selepas menyimpan bag, kami terus bersiap siap untuk keluar ke Oxford Street untuk membeli pakaian panas. Ingatkan dah masuk spring, tak sejuk sangat. Jadi saya tak bawa banyak baju sejuk. Tapi bila diberitahu suhu di Switzerland negatif, kami kenalah beli. Nanti kan beku pula di sana.  Lagi pula, saya tidak dapat mengambil cuti sebelum ke sini, jadi memang dijangka bila persiapan dibuat saat akhir akan ada yang tertinggal itu dan ini.  


Agak susah untuk mendapatkan baju sejuk ketika ini kerana telah luar musim sejuk. Keluar masuk beberapa kedai tapi hampa. Jadi kami terpaksa beli baju yang tidak berapa tebal. Selepas beli baju baju yang dicari, kami ke restoran Tuk Din untuk makan malam. Saya memesan nasi goreng manakala anak anak makan nasi lemak. 

Selepas makan, Nelly mencadangkan supaya kami mengambil uber sahaja untuk balik ke hotel kerana dah tak larat nak berjalan kaki balik.  OK lah juga kerana tambang uber hanyalah £6 sahaja. Cukup setakat ini dahulu, sehingga bertemu di entri akan datang perjalanan kami ke negara negara Eropah. 


1 ulasan:

  1. Syukur...selamat sampai. Tak sabar nak tunggu cerita Kak Azie kat sana. tumpang suka je.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon