Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Alumni Di Kuala Kangsar



Hari ini saya mahu menyambung catatan akhir program JJCM Alumni ke negeri negeri utara. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Dari Pulau Pinang kami melalui jambatan Pulau Pinang untuk keluar ke destinasi seterusnya iaitu Kuala Kangsar. 

Best naik bas melalui jambatan kerana dapat tengok tapak jambatan dengan jelas. Kalau naik kereta, memang sah sah lah tak dapat tengok semua tu. Masa tu, dalam kepala saya hanya ingat kes kemalangan di mana dua remaja berlanggar dan kemudian kereta salah seorang darinya menjunam jatuh ke laut. 



Kami bercadang untuk singgah makan tengahari di gerai menjual laksa dan cendol yang terletak di tepi sungai.  Sebaik masuk kawasan Kuala Kangsar, Dato Setia Salehuddin mengambil alih tugas Finar. Beliau telah menerangkan serba sedikit berkenaan bangunan bersejarah termasuk bangunan lama yang terdapat di sekitar Kuala Kangsar. 

Saya hanya memesan laksa kuala sahaja untuk makan tengahari. Selepas makan kami singgah di kedai kedai kraftangan yang menjual pelbagai hasil kraftangan dari buloh, rotan dsb. Hubby membeli sebilah golok yang harga sangat berpatutan. Sebelum menaiki bas, kami bergambar di tepi Sungai Perak sebagai kenang kenangan. 


Kami kemudian di bawa mengelilingi bandar Kuala Kangsar termasuk istana Bukit Chandan, istana lama dan juga Masjid Ubudiah yang merupakan antara masjid tercantik di dunia. 

Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik, kami tetap turun untuk bergambar di masjid yang memang cantik  dengan kedudukannya pula terletak di atas bukit. 



Dari situ, kami ke Kampung Simpang Lawin ke rumah kampung besan kami untuk solat dan makan pulut durian serta pelbagai buah buahan seperti rambutan dan manggis. Kami makan dengan duduk atas tikar yang dihampar di bawah pokok ciku rendang. Memang dah lama tak makan ala ala berkelah seperti ini. 


Selepas makan, kami bergambar di rumah pusaka Dato Setia yang memang sangat cantik. Ramai yang memuji kecantikan rekabentuk rumah lama yang dijaga dengan rapi ini. 





Dalam pukul 5 petang kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Bas singgah di hentian rehat Ladang Bikam untuk ke tandas  dan singgah solat di Hentian rehat Elmina Selatan. 

Alhamdulillah kami akhirnya tiba di Shah Alam pada pukul 8.40 malam. Dengan ini, berakhir lah program percutian JJCM kami dengan meninggalkan nostalgia yang sangat indah. Insya Allah jika ada kelapangan masa dan kesihatan yang baik, kami merancang beberapa perjalanan lagi termasuk percutian ke luar negara bersama sama. Boleh klik di SINI untuk entri pertama bagi JJCM Utara, kot ada yang terlepas. 

2 ulasan for "JJCM Alumni Di Kuala Kangsar"