Khamis, 3 Oktober 2019

JJCM Alumni Di Pulau Pinang



Pagi hari ketiga, kami telah check out dan pukul 9.00 pagi berkumpul di lobi hotel untuk bersarapan. Boleh klik entri sebelum ini di SINIKami tidak mengambil sarapan di hotel kerana ingin explore tempat tempat makan menarik di sepanjang perjalanan kami. 

Destinasi sarapan kami ialah di Medan Selera Tanjung Bungah. Dari apa yang dibuat carian, tempat ini terkenal dengan roti canai dan nasi lemak yang sedap. 




Memang sedap roti canainya. Kuah dalcanya sangat sedap. Saya yang tidak berapa suka kuah dalca pun makan sehingga menambah nambah kuahnya. Sedap giler sebab bukan dalca mamak sangat tapi dah ala ala Melayu juga.

Sahabat kami, Dr Nor Salita memesan roti canai garing roti tampal yang dikatakan sangat sedap. Tapi bila hendak dipesan, perlu menunggu agak lama kerana orang sangat ramai. Malahan nasi lemak yang dikatakan sedap di situ juga dah tak ada. Tak pasti jika ianya habis atau tidak berjual pada hari itu. 

Pulau Pinang terkenal dengan jolokan food paradise. Macam macam makanan menarik seperti mee udang, kari kepala ikan, itik angsa dll. Tapi sayang juga kerana kami tidak makan tengahari di sini. Kalau tidak, pastinya nasi kandar yang akan menjadi pilihan wajib. 

Selepas sarapan kami ke Pasar Chow Rasta untuk membeli jeruk madu pak Ali dan lain lain untuk dibawa balik. Masing masing memborong jeruk Pak Ali, kuah rojak dan juga ikan pekasam. Seperti biasa, saya hanya menyibuk nyibuk sahaja. Bila direkemen itu ini, baru saya beli. 







Kami kemudian bertolak ke Kuala Kangsar untuk makan tengahari dan juga untuk melawat lawat tempat menarik di sekitar bandar Kuala Kangsar. Nantikan entri di Kuala Kangsar dalam entri akan datang...



2 ulasan:

  1. Ke Kuala Kangsar, mesti makan tepi sungai tu, kan.. hehehe.

    terima kasih resepi sambal sotong yang sedap tu sy dah cuba

    https://sariyusa.blogspot.com/2019/10/resipi-sambal-tumis-sotong-ala-azie.html

    BalasPadam
  2. Ada satu jeruk dekat pasar chow rasta tu melayu buat, kalo makan x gatal tekak..nama dia "jeruk kita" (FB dia pun ada)...kalo tanya org2 ipd depan tu pun dia org akan recommend jeruk tu. tapi kena lalu lorong dalam sikit..

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon