Rabu, 2 Oktober 2019

JJCM Alumni Di Hotel Bayview Beach Resort dan Makan Malam di Padang Kota Lama


Hari ini saya ingin menyambung catatan program JJCM Utara Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sampai di hotel Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, kami terus check in dan masuk bilik untuk menunaikan solat. 

Hubby memberitahu supaya bersiap kerana pukul 6.00 petang berkumpul di lobi. Saya pulak tidak bertanya lanjut, terus bersiap. Bila sampai di lobi, baru tahu rupanya mereka bersetuju untuk beriadah di tepian pantai. Aduuh saya siap dengan bawa handbag bagai. 

Kami berjalan kaki ke pantai yang memang cantik terutama ketika matahari hampir terbenam. Jika saya merasa seronok bergambar dengan pelbagai aksi semasa teambuilding di Berjaya Beach Resort Tioman dengan rakan rakan sekerja, rupanya yang ini pun tidak kurang juga. 


Pelbagai aksi dan gaya bila bergambar. Aksi melompat, aksi romantis lagi. Yang best nya sebab semua sporting. Serious sangat menyeronokkan kerana kami saling mengenali sejak zaman remaja. Telah faham dengan perangai dan karenah masing masing. 

Sebahagian besar antara kami bertemu jodoh masing masing ketika sama sama menginap di kolej ketiga Universiti Malaya. Saya sendiri jatuh cinta pandang pertama pada Encik Hubby ketika melihat beliau di minggu haluan siswa. Ramai juga yang bercinta sesama rakan di kolej, tapi jodoh tidak kesampaian. Akhirnya mereka bertemu jodoh dengan pelajar dari kolej lain.  



Sebelah malam kami berkumpul di lobi untuk ke Padang Kota Lama bagi makan malam. Perut saya mula tidak selesa, mungkin kerana terlebih makan telur sotong di Restoran Top D'Gurun agaknya. Makan tak henggat gitu. 

Jadi atas sebab itu, saya tak makan pun pasembor dan sotong kangkung yang dipesan walaupun sangat lapar. Terpaksa lah melihat sahaja Hubby dan kawan kawan lain menikmati pasembor yang nampak sangat sedap. Makan beramai ramai lagi bertambah sedap. 


Sambil menikmati makan malam, kami ikut menyanyi beramai ramai dengan busker di mana Dr Aziz telah ikut serta menyumbang beberapa lagi dengan kami beramai ramai sporting ikut menyanyi. 

Antara lagunya adalah Keindahan Pantai, Hidup Bersama, Suci Dalam Debu dan beberapa lagu lagi. Memang sangat meriah dan happening. Pastinya ia adalah kenangan terindah buat kami semua. Malam yang pasti dikenang sehingga bila bila. 




Kami balik ke hotel dengan kekenyangan. Hasrat hati untuk singgah membuat urutan kaki, terpaksa dilupakan kerana mata masing masing dah mengantuk. 

Setakat ini dahulu entri untuk kali ini, hingga berjumpa di sambungannya di entri akan datang. 


1 ulasan:

  1. Seronok sangat membaca catatan Kak Azie tentang reunion ni, rasa bagai terbuai2 kenangan zaman belajar dulu tapi sy tak ada couple masa study, dah kerja baru jumpa pakwe, hihi

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon