Khamis, 26 September 2019

JJCM Alumni Makan Tengahari Di Restoran Top D'Gurun


Boleh klik entri kami bersarapan di Warung Tepi Sawah di SINI. Oleh kerana perut masih kekenyangan, kami tidak jadi ke Sg Petani tapi terus ke Restoran Top D’Gurun. Restoran ini terkenal dengan menu sotong buncit jahat. 

Menurut pekerja di situ, dipanggil sebagai sotong buncit jahat kerana sotongnya buncit dengan telur sotong dan sangat jahat kerana harganya yang mahal. Seekor berharga sehingga RM30. Kami memesan 12 ekor sotong. Lauk lauk lain diambil sendiri dan mereka akan mengira harga dimeja. 

Kami juga bertanya bab telur sotong, diberitahu yang memang sotong yang dibeli adalah sotong bertelur. Jika sotong tidak bertelur, mereka akan sumbat dengan telur sotong yang dibeli asing. 



Saya memang penggemar tegar telur sotong. Jadi mana mana pinggan yang telur sotong tak habis, saya lah tukang yang menghabiskannya. Walaupun dah kekenyangan, makan lagi juga kerana rasa sayang melihat telur sotong di dalam pinggan. Kalau dikira, hari tu macam dah taubat kekonon setahun tak nak makan telur sotong. 

Sebelum makan dan selepas makan, agenda wajib adalah bergambar terlebih dahulu. Seperti biasa, Boy anak teruna Dato Wan Nazari yang menolong snap gambar kami. Gambar sangat penting sebagai merakamkan kenangan bahawa kami pernah berada di sini sebagai satu kumpulan.




Dato Aziz dan isteri juga datang berjumpa dengan kami di restoran. Kami berehat seketika di situ sambil bersembang sembang. Sementara itu, kami bergambar beramai ramai dengan geng alumni di sini pula. 


Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Pinang. Kami akan menyeberangi lautan melalui jambatan Pulau Pinang dan akan menginap di Hotel Bayview Beach Resort di Batu Feringgi. 


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon