Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Alumni Warung Tepi Sawah


Hari ini saya akan menyambung lagi catatan perjalan di hari kedua. Boleh klik entri sebelum ini di SINIPagi pagi lagi, kami berkumpul di lobi. Walau ada sarapan di hotel, kami tidak makan sebab mahu bersarapan di Warung Tepi Sawah. Saya hanya makan sedikit sahaja sekadar untuk mengisi perut sebelum mengambil ubat selsema. 

Pukul 8.00 pagi bertolak ke Warung Tepi Sawah untuk bersarapan. Macam macam masakan kampung dan tradisional disediakan seperti lempeng, pulut dengan ikan kering dan banyak lagi. Ada juga kue teow goreng. Saya memilih pulut dengan kelapa dan ikan kering. Sempat juga menjamah kue teow kerang goreng yang juga sangat sedap.  




Kami diberitahu warung sepatutnya tidak berniaga hari itu tapi dibuka bagi memenuhi tempahan kami. Sesuai dengan nama, warung ini memang terletak di tepi sawah yang sangat cantik pemandangannya dengan pokok padi dan bukit bukau di belakangnya. Memang sangat terasa suasana kampung di tepi sawah. Saya kan anak petani, jadi sawah adalah sebahagian dari kehidupan saya. 

Hari pertama lagi, kami merancang untuk bergambar sesama kami yang couple sesama rakan sekolej atau dikenali juga sebagai UMBC iaitu UM Best Couple bergambar dengan pasangan masing masing. Dengan kata lain, kami bertemu dan bercinta semasa menginap di Kolej Ketiga Universiti Malaya. 

Rakan rakan yang solo dikenali sebagai POBUM, iaitu Persatuan Orang Bujang UM. Hanya 3 pasangan sahaja yang bertemu jodoh dengan bukan rakan sesama kolej. Jadi melihatkan pemandangan cantik ini, kami setuju untuk bergambar di sini sebagai mengabadikan kenangan manis buat kami semua.


Selepas selesai makan, kami seperti biasa akan bersembang sambil Dr Abdol Aziz berkongsikan cerita lucu sepanjang beliau menjadi pakar motivasi. Cerita beliau pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya akan ketawa geli hati. Bukan setakat cerita tapi juga kami diberikan teka teki untuk menjawabnya. Itu yang suasana menjadi riuh rendah bila masing masing cuba meneka. 

Sebelum beredar, kami bergambar beramai ramai di tepian sawah. Itu yang best dengan kami kerana masing masing sporting bila bab bergambar. Tak best kalau ada yang tak sporting, terpaksa dipanggil berkali kali baru hendak bergerak. Tapi group ni, memang sporting. Gambar akan kekal sebagai kenangan sedangkan apa yang dalam kepala  atau dalam ingatan kita mungkin akan pudar. 


Saya juga bergambar dengan owner Warung Tepi Sawah yang sangat ramah mesra melayan karenah kami. Selepas bergambar kami bertolak ke Gurun untuk makan tengahari. Nantikan entri kami di sana.  



Catat Ulasan for "JJCM Alumni Warung Tepi Sawah"