Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Alumni Di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis


Sekarang saya ingin menyambung catatan perjalanan JJCM Utara Alumni ke negeri negeri utara. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Sebelum saya memulakan bab dinner di medan ikan bakar, saya sekali lagi ingin menulis bahawa perjalanan ini adalah yang terindah dalam persahabatan kami. Kami berjaya bersatu dalam kesibukan masa masing masing untuk berada di dalam satu bas sepanjang perjalanan ini. 

Sebaik tiba di Hotel Brasmana Putra, kami check in hotel dan masing masing ke bilik untuk menunaikan solat. Selesai solat Maghrib, kami berkumpul di lobi hotel. Kami kemudian beramai ramai berjalan kaki ke medan ikan bakar yang terletak di hadapan hotel.

Makanan telah dipesan lebih awal, jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai. Memang banyak makanan yang dipesan menjadikan agak banyak yang tidak habis. Saya tidak berapa berselera makan kerana badan yang tidak sihat. Jadi saya hanya makan sambil meratah ikan bakar dengan ulam ulaman sahaja.





Seperti biasa, sebelum makan, kami bergambar beramai ramai. Macam macam gaya dapat dilihat. Nasib baik ada Boy, anak Dato' Wan Nazari yang bertindak sebagai jurugambar untuk kumpulan kami. Boy pun sporting dan tak kisah untuk melayan kami kami yang memang suka bergambar.  



Selepas makan, kami bergambar beramai ramai di hadapan medan ikan bakar sebagai kenangan yang kami semua pernah sampai di sini sebagai satu kumpulan. 

Kemudian kami mula bergerak balik ke hotel dengan berjalan kaki beramai ramai. Masing masing dah kekenyangan, jadi dengan berjalan kaki, dapat juga membakar kalori makanan yang pelbagai yang telah dimakan sepanjang hari. 



Oleh kerana penat dalam perjalanan belum hilang, kami terus balik ke bilik. Lagi pulak, lobi hotel tiada aircond dan ruang terbuka menjadikan ada nyamuk. Ini satu perkara mengenai hotel ini yang tidak berapa menarik. 

Nantikan sambungan untuk entri keesokannya di mana kami bersarapan di warong tepi sawah yang sangat unik dan menpunyai pemandangan yang menarik. 


1 ulasan for "JJCM Alumni Di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis"