Rabu, 18 September 2019

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

Program jalan jalan cari makan utara ini telah lama dirancang. Sejak tahun lepas tapi sunyi dengan tiada sambutan. Idea ini diperhangatkan semula selepas sarapan pagi di Restoran Hatinie. 

Bila semua telah sepakat, Datin Nursinah cepat cepat membuat booking hotel kerana tarikh yang dipilih jatuh pada cuti hujung minggu dan kelepasan yang panjang menyebabkan banyak hotel telah fully booked.

JJCM Utara Alumni

Mungkin sebab terlalu banyak aktiviti menjadikan saya tidak sihat. Dua hari sebelum bertolak, saya mendapat selsema batuk dan sakit seluruh anggota badan yang agak teruk. Namun Alhamdulillah, saya beransur pulih pada pagi hari kami berangkat. Dalam perjalanan saya banyak tidur dan berehat bagi memastikan kesihatan saya tidak mengganggu jadual perjalanan yang telah dirancang. 

Kami berkumpul dan bertolak dari rumah besan kami di Shah Alam pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa. Bas yang sangat selesa. Destinasi pertama adalah perhentian rehat sungai buloh untuk bersarapan. Ikut perancangan asal kami akan melalui lebuhraya Guthrie dan bersarapan di Hentian rehat Elmina. Tapi mendapat makluman bahawa terdapat penutupan jalan. Itu yang bertukar untuk mengambil NKVE. Selepas bergambar dan membaca doa, kami mula menaiki bas.

JJCM Utara Alumni

Selepas sarapan kami terus menuju ke Taiping untuk makan tengahari di Rumah Makan Nasi Talam di Pokok Assam. Dalam perjalanan kami dihiburkan dengan celoteh dan gelagat Dr Abdol Aziz yang memberi pelbagai teka teki untuk dijawab. 

Gelak tawa masing masing menyebabkan terasa seperti rombongan projek bakti siswa pelajar kolej ketiga pula. Keakraban persahabatan kami memang tidak dapat dinafikan lagi kerana saling mengenali sejak zaman remaja, zaman masih di kampus.

Sebaik sampai di Rumah Makan Nasi Talam, kami terus duduk kerana makanan telah dipesan dari awal. Terdapat pelbagai jenis lauk dan masakan kampung yang boleh dipilih. Ada ikan sungai seperti ikan keli, ikan talapia. Ada juga daging pekasam, ikan pekasam dan banyak lagi lauk kampung. Semua lauk pauk dihidangkan dalam talam yang boleh dimakan untuk 4 atau 5 orang.  

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Perlis. Sebelum menaiki bas, kami bergambar beramai ramai sebagai kenangan di hadapan rumah nasi talam. 

Saya memang cadangkan anda yang kebetulan lalu atau berada di Taiping untuk cuba masakan di sini. Kelainan cara hidangan memang harus dirasai terutama oleh golongan muda. Saya masa kecil dahulu, biasa sahaja makan dengan hidangan dalam talam seperti ini.

JJCM Utara Alumni

Kami singgah di perhentian rehat Gunung Semanggol untuk menunaikan solat. Kami membuat perubahan kepada tempat persinggahan di mana kami singgah untuk minum petang di Haji Johari Cendul Pulut yang sangat terkenal.

Selain cendol pulut, kami juga memesan cucur udang dan laksa. Serious bukan sahaja cendol sedap tapi laksanya juga sangat sedap. Saya makan sehingga hampir kering kuahnya. Tuan kedai telah bermurah hati menambah kuah laksa untuk pinggan kami dan juga YB Khairi. Apa lagi kami menghirup kuah sehingga licin. 

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

JJCM Utara Alumni

Dari Restoran Haji Johari, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis untuk check in di Hotel Brasmana Putra. Selepas menunaikan solat, kami berkumpul di lobi hotel dan berjalan kaki ke medan ikan bakar Kuala Perlis. Nantikan entri seterusnya JJCM kami di medan ikan bakar Kuala Perlis pula.


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon