Sabtu, 7 September 2019

Puding Roti Mentega Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Telah agak lama saya tidak membuat posting mengenai resepi walaupun saya menpunyai senarai resepi yang panjang untuk dikongsikan. Menulis memerlukan mood, jika tiada mood, memang tidak dapat mencoret walaupun sebaris ayat. Jadual dan aktiviti saya dihujung minggu agak padat sehingga penghujung September. 

Besok kami akan mengikuti rombongan Jalan jalan Cari Makan bersama geng alumni kolej Ketiga Universiti Malaya yang dikenali juga sebagai ETHICA. Kami akan bertolak pagi pagi dari rumah besan kami di Shah Alam. Kami akan singgah di beberapa destinasi dan tempat makan menarik di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk makan makan. 

Yang agak tidak seronok sedikit ialah kerana saya baru dua hari mengalami selsema dan batuk. Doakan agar saya cepat sembuh dan dapat mengikuti rombongan ini dengan lancar. Hubungan kami dalam ETHICA amat rapat dan umpama adik beradik. Maklumlah persahabatan terjalin hampir 40 tahun lamanya. Kami saling mengambil berat antara satu sama lain. OK sekarang kita masuk pula bab resepi.

Pertama kali saya menjamah kuih puding roti mentega sedap ini di Berjaya Tioman Resort ketika menghadiri program team building di sana, Boleh klik entri team building di SINI

Umpama cinta pandang pertama, bukan sahaja rupanya yang cantik tapi rasanya sangat sedap menyebabkan saya mengeluarkan handphone dan terus mengambil gambar. Saya tidak pasti dengan orang lain tapi inilah kali pertama saya makan puding roti mentega yang menggunakan air gula hangus atau gula karamel. Rasanya yang sangat sedap, menjadikan saya tidak senang selagi tidak mengetahui resepinya. Balik ke bilik saya terus google resepi tetapi malang sekali kerana saya tidak menemuinya

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Ketika makan tengahari keesokannya, saya ternampak seorang Chef yang sedang check masakan di meja buffet. Saya terus menemui beliau dan menanyakan berkenaan puding roti mentega yang dijadikan hidangan pencuci mulut semalam. Lalu ditunjukkan seorang chef lain yang kebetulan juga ada di restoran. 

Saya kemudian mendekatinya dan sambil bersembang sembang, saya merisik resepi. Walaupun tidak mendapat resepi sepenuhnya, saya ubahsuai resepi mengikut resepi puding roti yang kami sediakan sebelum ini. Boleh juga klik Puding Roti Azie Kitchen sebelum ini di SINI, di SINI dan di SINI.  

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Seriously sangat sedap. Seperti mana kali pertama menjamah puding ini di Berjaya Tioman Resort, begitulah rasanya tetap sama sedap. Jika suka rasa karamel, bolehlah dilebihkan gula untuk dijadikan gula hangus.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Puding Roti Mentega Dengan Gula Hangus 

Bahan A:
1 buku roti gardenia - lenser mentega
Kismis

Bahan B:
4-5 sudu besar gula

Bahan C:
250 ml susu segar
250 ml fresh cream/whipping cream
4 biji telur
80 gram gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan D:
1 tin 390 ml susu cair
90 ml air
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara:
Sediakan gula hangus untuk bahan B. Letak loyang atas dapur. Guna api yang kecil sahaja dan tuang gula. Tunggu hingga gula hancur. Goyangkan  loyang supaya karamel rata pada seluruh permukaan loyang. Ketepikan. Jangan bimbang jika karamel menjadi keras sedikit selepas dibiarkan tu. Nanti ia akan cair semula. Tips untuk dapatkan karamel yang cantik adalah jangan sesekali kacau  dan jangan guna api besar.

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Roti dilenser dengan mentega dan dipotong kecil. Susun dalam loyang yang mengandungi karamel tadi. Tabur dengan kismis. 

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Kisar semua bahan C dan tuang ke atas roti. Tekan tekan roti dan biarkan seketika.  

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Panaskan oven dan tuang air panas ke dalam loyang besar. Bakar dengan kaedah water bath dengan suhu atas 180 C dan bawah 190 C selama 30 minit atau sehingga garing yang disukai. 

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Setelah masak, sapu bahagian atas puding dengan glis supaya berkilat. 

Puding Roti Mentega  Dengan Gula Hangus Yang Sedap

Sediakan kastard. Satukan semua bahan D dan dikacau rata. Panaskan menggunakan api kecil sehingga mendidih. Tapis dan sedia untuk digunakan. Hidang puding roti dengan kuah kastard. 


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon