Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Program Team Building Di Pulau Tioman


Saya ingin menulis tentang keseronokan team building jabatan yang telah diadakan di Berjaya Beach Resort Pulau Tioman. Ianya juga lebih bermakna kerana team building ini juga adalah yang terakhir buat saya di dalam perkhidmatan. 

Keakraban dengan rakan sekerja sepanjang program seumpama satu pasukan menyebabkan saya merasa sedih dan pasti akan merindui mereka. Sebetulnya kita menghabiskan masa dengan rakan sekerja lebih lama dari keluarga sendiri. Antara 9-12 jam sehari. Adakala bersarapan, makan tengahari dan menunaikan solat bersama sama. Namun kita tidak akan merasainya jika kita masih lama lagi bekerja. Setelah hampir persaraan, baru saya merasakan saat kehilangan mereka dari pandangan mata. 

Kami memulakan perjalanan pukul 10.30 malam dari Lanai Kijang dengan menaiki bas yang sangat selesa. Seat yang besar umpama menaiki kapalterbang kelas perniagaan pula. Saya memilih untuk duduk di tingkat bawah. Oleh kerana cuti panjang sempena hari kemerdekaan dan sambutan Maal Hijrah, jalan raya agak sesak. Rancangan asal untuk berhenti rehat di RnR terpaksa ditukar. 

Kami tiba di masjid atas bukit berhampiran jeti Mersing 1 jam sebelum masuk waktu solat Subuh. Selepas selesai solat Subuh, bas membawa kami ke jeti. 


Tidak sempat untuk bersarapan kerana kami mengambil feri pukul 7.30 pagi. Kami masing masing ke gerai berhampiran jeti untuk membeli sedikit makanan dan minuman sebagai mengisi perut. 


Kami tiba di jeti Kampung Tekek dalam pukul 9.30 pagi. Dari jeti kami berjalan ke gerai makan berhampiran untuk bersarapan.  

Kami kemudian mengambil shuttle yang disediakan Berjaya Beach Resort membawa kami ke lobi hotel untuk mengambil kunci bilik. Kemudian terus ke chalet kami nombor 437 terletak berhampiran dengan restoran Nelayan yang merupakan cafe hotel. 


Aktiviti pertama adalah aktiviti sukaneka yang memerlukan kerjasama pasukan yang padu untuk menjayakan sesuatu permainan dalam masa yang ditetapkan. Kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.



Kalah menang bukanlah ukuran tetapi kerjasama pasukan yang lebih utama. Setelah selesai aktiviti sukan, kami bergambar beramai ramai sebagai kenangan.



Selepas selesai bergambar, kami beredar ke tepian pantai untuk merakam gambar di saat matahari terbenam. Pemandangan sun set sangat cantik. bila dah beramai ramai, macam macam gaya dan aksi tersendiri dapat dilihat.



Sebelah malam selepas makan, aktiviti bebas dengan setiap kumpulan mengambil kesempatan untuk berbincang dan membuat latihan untuk persembahan yang akan diadakan pada malam akhir. Setakat ini dahulu hari pertama team building kami di Pulau Tioman. Sambungan entri ini, boleh klik di SINI



Catat Ulasan for "Program Team Building Di Pulau Tioman"