Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Program Team Building Pulau Tioman Hari Kedua


Pagi pagi hari kedua, kami bersiap sedia untuk ke jeti di mana kami akan memulakan aktiviti snorkeling. Walaupun ada yang tidak mahu ikut snorkeling, kami dibekalkan juga dengan life jacket dan peralatan snorkeling. Kami diberi masa 1 jam. 


Sementara rakan rakan yang lain melakukan aktiviti snorkeling, saya dan beberapa rakan menunggu di atas boat sambil mengambil gambar gambar mereka.  



Selepas snorkeling, saya ikut sama mandi laut selepas melihat kawan kawan seronok bergambar. Keseronokan begini, pasti tidak akan ada lagi buat saya. Mereka semua staf yang muda muda. 

Sebetulnya inilah kali pertama, saya menyelamkan muka saya ke dalam air. Bila melihat kawan kawan telah melakukannya jadi mahu tidak mahu, saya terpaksa melakukannya bila giliran saya tiba. Inilah keberanian diri saya yang selama ini tidak mampu saya lakukan. 



Sebelah petang sepatutnya diadakan program CSR tapi disebabkan pantai telah dibersihkan jadi ianya ditukar kepada program CSR yang berupa taklimat berkenaan usaha perlindungan dan pemeliharaan batu karang. Banyak juga yang dipelajari. 

Rupanya batu karang adalah sejenis hidupan kategori haiwan laut yang hidup dan membesar. Mereka makan algae yang tumbuh dicelah celah setiap koloni. Batu karang yang warna putih adalah disebabkan bleaching di mana mereka membuang algae. Disebabkan itu, mereka kelaparan dan akhirnya mati. Ini semua disebabkan oleh global warming. 


Selepas taklimat, saya balik ke bilik untuk berehat rehat sahaja. Selepas makan malam, 5 kumpulan telah mengadakan persembahan. Kumpulan kami mendapat tempat kedua. 

Sekali lagi menang kalah bukan jadi ukuran. Yang paling penting semua kumpulan telah berusaha bersungguh sungguh untuk membuat persembahan. Selepas selesai makan malam, ramai staf berkaraoke. Ternyata ramai staff yang berbakat. 


Saya balik ke bilik dan berehat. Pagi pagi saya bersarapan ringkas sebelum check out dan terus ke jeti untuk mengambil boat pukul 11.30 pagi. Saya agak risau jeti mungkin penuh kerana jeti kampung Tekek adalah hentian mengambil penumpang yang ketiga. Tapi nasib baik kerana boat masih banyak kekosongan tempat ketika kami masuk. 


Ombak besar menjadikan boat agak tidak stabil. Saya mengambil ubat tahan mabuk semasa sarapan. Alhamdulillah kerana tidak pening atau mabuk. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami sampi di jeti Mersing pukul 1.30. Kami kemudian di bawa ke bandar Mersing untuk makan tengahari. 

Kemudian meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Veterinar Kluang untuk menunaikan solat. Alhamdulillah sepanjang perjalanan lancar dengan tiada kesesakan jalanraya. Saya gembira kerana menjadi peserta program team building ini yang sangat meninggalkan kenangan manis. 

Walaupun ada kenangan pahit. Ianya perkara biasa bila berhadapan dengan manusia yang rambut sama hitam tapi hati lain lain. Bab hati memang sukar dimengerti. Ia boleh berbolak balik dalam sekelip mata. Ingat yang indah indah sahaja kerana apa yang ada hanya lah hari ini untuk dikenangi sementara masih ada hayat dikandung badan. 

Kami tiba di Lanai dalam pukul 9.00 malam. Penat tapi mengembirakan. Best ever team building yang akan sentiasa dalam ingatan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Catat Ulasan for "Program Team Building Pulau Tioman Hari Kedua"