Jumaat, 23 Ogos 2019

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Sedikit intipati dari Tazkirah Jumaat Ustazah Fadillah Haji Yaacob di surau tempat saya bekerja. Ustazah memulakan dengan dengan menyebut bila kita mati, jasad akan dipulang pada tanah iaitu tempat asal kita. Manakala roh akan diambil Allah. Allah tak tengok pada jasad tapi pada roh. 

Majlis ilmu adalah untuk santapan roh. Jangan biar roh dalam keadaan lapar. Kerana ia akan jadi tidak tenang jika tidak diberi makan walaupun hidup kaya raya, berpangkat besar dsb. 

Ustazah mengupas bab qadha puasa. Terdapat khilaf ulamak berhubung samada qadha puasa samada boleh dibuat bersama atau berasingan dengan puasa sunat. Bila pandangan ulamak tepat di sisi Allah, kita dapat 2 pahala. Jika salah di sisi Allah, dapat 1 pahala. 

Disebutkan juga perbezaan niat puasa qadha dengan puasa sunat. Niat puasa qadha adalah perkara tetap tak boleh teragak agak. Ianya mesti dilakukan dari masuk waktu Maghrib hingga sebelum masuk azan Subuh. Tetapi bagi puasa sunat, ianya boleh diniat hingga sebelum solat Zohor dengan syarat belum makan apa apa. 

Sebagai contoh, kalau pukul 11 pagi masih tak makan, kita tiba tiba rasa hendak berpuasa, jadi kita cuma perlu niat berpuasa sahaja. Boleh niat sahaja aku puasa sunat kerana Allah Taala. Puasa qadha kena tetap yang esok akan puasa. Bukan tengok keadaan, kalau hari mendung baru nak puasa. Tak sah puasa sebab niat belum ditetap. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk sedikit bab masakan.

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Balik dari pejabat teringat pula ada satu sikat pisang emas yang kecil kecil baki dari buat Kek Pisang dan juga Jemput Jemput Pisang. Yang terlintas di kepala adalah untuk membuat apam pisang kukus atau apam Kelantan. Kalau buat Apam Kelantan nak kena perap lama dan perlu ada tapai ubi. 

Jadi buat keputusan untuk menyediakan apam kukus. Bila disemak resepi, bahan membuat apam sama seperti membuat kek pisang cuma ianya dikukus. Jadi saya cari yang lain sikit. Haa terjumpa resepi apam pisang tanpa telur. Barulah nampak kelainan sikit dengan adunan kek pisang.

Saya memang betul betul bekejar kerana mahukan cahaya semulajadi semasa mengambil gambar. Kira macam keretapi express, terpaksa minta Boy tolong letakkan pengukus atas dapur dan lenser minyak pada acuan kuih lompang. Apa apa pun sedap apam ni dan gebu. Lebih lebih lagi menggunakan pisang yang masak ranum. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Apam Pisang Tanpa Telur

Bahan bahan:
1 cawan pisang emas - lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan pisang yang dilenyek, gula dan garam. Kacau rata. 

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Akhir sekali, masukkan minyak jagung dan gaul rata. Jika adunan ternampak lembik berminyak, masukkan 1-2 sudu tepung gandum. 

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap


Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Lenser acuan kuih lompang dengan sedikit minyak dan tuang adunan separuh atau 2/3 penuh sahaja. 

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap

Kukus selama 15 minit. Balut tutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan air menitis di atas adunan semasa dikukus. 

Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap



1 ulasan:

  1. Mudah dan senangnya Puan Azie :) Boleh cuba ni. Syaza selalu try resepi-resepi dari blog Azie Kitchen. Always conquer google 1st rank. Salam kenal dari Syaza :)

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon