Isnin, 3 Jun 2019

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kali ini saya kongsikan resepi kuah kacang daging Istimewa Azie Kitchen dalam portion yang banyak kerana saya menyediakan kuah kacang menggunakan 2 kilo kacang tanah. Menghasilkan lebih kurang 9-10 kilo kuah kacang yang telah siap. 

Agak banyak untuk hidangan 2 kali di rumah kami. Ini adalah kerana hari raya ketiga, Juita akan balik. Jadi kena juga hidangkan kuah kacang pada hari raya ketiga. 

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Sebelum masuk bab resepi, sudi kiranya anda membaca catatan dari Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Suhaimi Abdul Jalil yang sangat bagus sebagai peringatan. Mungkin kita pernah mendengarnya sebelum ini, jadi ia nya sebagai peringatan sahaja. Malam tadi adalah malam ganjil. Syukur kerana masih diberi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan. Nilai berada dalam majlis ilmu menyamai 1000 rakaat solat. 

Ada 3 kategori orang yang solat tak diterima. Pertama, imam yang tak disukai oleh makmunnya mungkin kerana akhlak atau kerana bacaannya. Kedua, isteri yang tidur dalam keadaan suami marah. Ketiga, dua orang bersaudara yang saling mendiam. Ertinya mereka tidak bertegur sapa. Lebih lebih lagi adik beradik. Tak masuk syurga orang yang putus silaturrahim. Penting untuk kita ambil perhatian kerana ia boleh jadi penyebab seseorang dicampak ke dalam neraka. Takut takut kalau malam ni adalah malam pertama kita di kubur. 

Neraka Allah terlalu dasyat. Disebut dalam surah Al Kahfi ayat 29 bagaimana ahli neraka meminta minum kerana terlalu dahaga. Walaupun tak minum berapa lama tapi mereka tak mati dalam neraka. Allah sebut mereka diberi minum dari air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan wajah wajah mereka. Itulah seburuk buruk minuman dan seburuk buruk tempat istirehat. Bila ingat ayat seperti ini, berbaloikah untuk kita hendak memutuskan silaturrahim. Jadi lebih baik kita menegur, supaya urusan kita selesai. 

Kedua, pereratkan silaturrahim. Kalau dah lama tak contact, contact lah dengan bertanya khabar. Ianya dalam hadis di mana Nabi beritahu Allah akan panjangkan usia dan Allah murahkan rezeki. 

Ketiga, antara tarbiah Ramadhan adalah cinta pada rumah Allah. Jangan hanya pulun ibadah sunat seperti solat terawih tapi solat fardhu tak datang. Sangat silap. Tak sama pahala solat fardhu dengan solat sunat. Jangan abaikan solat fardhu berjemaah. Sangat berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh berjemaah. Hanya orang munafik yang tak datang solat berjemaah. 

Di bulan Ramadhan ini juga Allah tawar bersedekah dengan nilai diganda sebanyak 70 kali ganda. Jika bersedekah RM1 menyamai nilai sedekah RM70. Orang yang bijak akan memberi duit raya pada anak cucu ialah hari terakhir Ramadhan selepas solat Asar. Nilai sedekah dalam Ramadhan didarab dengan 70. 

Mudah mudahan Ramadhan mendidik kita untuk rajin bersedekah kerana ianya adalah harta yang kekal. Jangan lupa bagi hadiah pahala pada ibubapa kita yang telah meninggal. Saat ini mereka berada di dalam kubur dan mereka menanti doa dari kita. Kirimkan pahala dalam bentuk kebaikan Ya Allah aku kongsi pahala ini dengan ibu ayah ku yang telah meninggal. Takut lah dengan neraka dengan sedekah ikhlas walaupun sebelah buah tamar untuk demi mencari redha Allah. Cukup setakat ini dahulu. Mudah mdahan kita semua mendapat manafaat dan pahala dari tazkirah ini.

Berbalik pada resepi, selain dari daging boleh juga guna ayam. Boleh rujuk entri di SINI. Berlauk ala ala sate lah samada sate ayam atau daging. Saya belajar resepi ini sudah lebih dari 30 tahun rasanya. Ketika situ, saya baru bekerja dan makan kuah kacang ini yang dihidangkan di satu majlis makan makan di pejabat. Oleh kerana sedap sangat, saya berusaha gigih untuk mendapatkan resepi dan belajar.

Kuah kacang boleh disediakan banyak banyak dan disimpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Tahan bertahun tanpa mengubah rasa pun, terutama yang tidak menggunakan daging atau ayam. Itu yang saya suka. Bila bila rasa nak makan, tinggal keluarkan sahaja dari peti sejuk. Kalau buat sedikit, masa untuk memasak hampir sama sahaja. Jadi lebih berbaloi dimasak dalam jumlah yang banyak.  

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mana tahu kot ada yang nak memasak dalam jumlah yang banyak. Bolehlah guna resepi ini sebagai rujukan. Boleh tengok video di Azie Kitchen youtube channel di SINI.


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
3-4 kg daging - potong kecil dan rebus 
2 kg kacang tanah
2 cawan cili kering kisar 
2 1/2 cawan gula pasir perang
16 sudu besar gula pasir - atau secukup rasa
3-4 keping gula Melaka
3 sudu besar garam kasar - atau secukup rasa
4 cawan minyak jagung
24 batang serai 
16 cawan air atau secukupnya

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
20 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas

Cara cara:
Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak. 

Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Jika kacang telah masak, kulitnya pasti akan terbang bila ditampi. Nota: Saya hanya bakar kacang menggunakan oven sahaja.

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kacang tanah dikisar dengan air sekadar untuk menggerakkan blender. Tuang ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan. 

Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan kacang yang direbus, gula perang, gula Melaka dan garam. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan air. 

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Masak dengan api perlahan dan merenih sehingga kuah pekat yang disukai.

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Sesuaikan  rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit. 

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen




Add your comment
EmoticonEmoticon