Tuesday, 12 December 2017

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Versi Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Hari ini nak kongsikan resepi Kuah Kacang Ayam Istimewa Azie Kitchen. Sekejap jer kita dah sampai ke penghujung tahun. Pejam celik pejam celik, jika dipanjangkan umur kita akan tiba di bulan Ramadhan lagi. Insya Allah. Jadi kita simpan siap siap resepi istimewa yang cukup popular di kalangan follower blog Azie Kitchen untuk disediakan ketika musim perayaan. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sekali lagi resepi kegemaran kami sekeluarga yang bukan sahaja dimakan di musim perayaan tapi juga di hari hari biasa juga. Kalu di Kelantan, nasi impit dan sate akan dihidangkan sebagai menu sarapan pagi. Jadi resepi ini adalah ala ala sate juga cuma ayam nya dimasukkan sekali dengan kuah. Klik di SINI dan di SINI untuk daging.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kali ini saya buat lagi penambahbaikan yang saya belajar dari Kak Soraini. Kali ini tak diletakkan air asam jawa pun. Kata Kak Su kalau masuk air asam, dah jadi macam lauk pulak. Selain itu, serai dikisar dan diambil airnya untuk menumis. Ayam juga dicelur seketika untuk membuang hanyir serta bagi menjadikan ianya tahan lama dan tak cepat basi. 

Yang best dengan masakan ini, ialah kerana ianya boleh disimpan lama di dalam freezer. Buat banyak banyak dan simpan dalam bekas kecil untuk dimakan di masa masa depan. 

Setiap kali saya mengerjakan umrah di akhir bulan Ramadhan, saya akan sediakan banyak banyak untuk hidangan Hubby dan anak anak di pagi raya. Menyediakannya pun agak remeh tapi sangat berbaloi baloi, seolah setiap hari adalah Hari Raya bila dapat makan kuah kacang ini. Hehehe tak caya? Cubalah sendiri di rumah... Macam skrip saya dalam iklan Maggi.

Jom layan resepi yang saya salin dan olah semula untuk penambahbaikan yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa follow azie kitchen Instagram dan juga subscribe youtube Azie Kitchen channel.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang dengan Ayam Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1 kg bahagian kepak ayam - saya guna 1.7 kg kepak dan paha ayam 
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kering kisar 
3/4 cawan gula pasir perang
1-2 sudu besar gula pasir - atau secukup rasa
1 keping gula Melaka
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
1 cawan minyak jagung
6 batang serai - kisar dan ambik air sahaja
2 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara cara:
Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak. 

Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Jika kacang telah masak, kulitnya pasti akan terbang bila ditampi. Nota: Saya hanya membakar kacang menggunakan oven sahaja.

Masukkan kacang yang dikisar atau ditumbuk ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan ayam seketika. Kemudian angkat dan toskan air. Ketepikan.

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga wangi. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing. 

Setelah cili garing, masukkan air serai, kacang yang direbus, gula perang dan gula Melaka. Kemudian masukkan ayam dan 4 cawan air. 

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Masak dengan api perlahan dan merenih sehingga ayam masak dan kuah pekat.

Masukkan Maggi Cukup Rasa dan sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit. 

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap

Hidangkan bersama nasi impit. Selamat mencuba...

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Yang Lebih Sedap




8 comments:

  1. Replies
    1. Thank you Dr Hariri for the support.

      Delete
  2. sedapnya. slalu masak kuah akcang time nak raya jer hehe

    ReplyDelete
  3. memang resepi family saya turun temurun kuahkacang letak ayam. tapi method of cooking je lain.. cara Puan AziE NI NANTI SAYA TRY YE SEBAB NAMPAK MENARIK. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Salam sis. In your past recipes, Kak Azie guna air asam. Sekarang change to air serai is it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu serai diketuk dan kisar. Sekarang diambil air nya sahaja

      Delete

Add your comment
EmoticonEmoticon