Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Resepi kuah kacang ini adalah resepi pilihan saya untuk menyediakan kuah kacang dan sate kerana bukan sahaja ianya sedap tapi juga sangat mudah dan menggunakan bahan bahan yang ringkas. 

Resepi dipelajari dari blog Kak Jee yang merupakan resepi turun termurun keluarga beliau yang berniaga sate suatu ketika dulu. Boleh klik di SINI untuk melihat entri berkenaan penyediaan kuah kacang menggunakan resepi ini yang saya sediakan dulu. 


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Saya menyediakan kuah kacang ini pada hari raya ke4 iaitu selepas 2 hari saya kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah pada 10 akhir Ramadhan yang lalu. Bagi yang tak peka, ibadah umrah bukan lah satu percutian, tapi ianya adalah satu ibadah bagi orang Islam. Jadi tak perlu lah merungut yang saya bercuti panjang ke apa ke. 

OK kuah kacang ni lagi sedap dimakan selepas sehari dimasak. Baru semuanya mesra dan sebati. Memang sedap sehingga saya terpaksa meminta hubby melarang saya dari makan. Maklumlah ambil masa berbulan untuk menurunkan berat badan tapi perlu beberapa hari sahaja untuk naik semula. 



Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Cuma yang paling saya tak gemar dalam menyediakan Kuah Kacang ini ialah bab menyediakan kacang goreng. Memang memakan masa untuk menyiapkannya dari di sangai sehingga dikisar. Nasib baik Aween ringan tulang untuk membantu. Setakat ini belum cuba lagi cara menggoreng kacang tanah dengan sedikit minyak.

Jika anda tercari cari resepi Kuah Kacang dan Sate Goreng, bolehlah mencuba resepi ini. Jom layan resepi di bawah ini....



Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Satay Ayam Goreng

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam - guna ¾ sudu besar jer
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:
Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam bekas. Gaul rata. 

Pastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.

Nota:
Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.

Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih, masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Kuah Kacang

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar - mayang
½ cawan cili kering - ½ mangkuk cili kisar
1 cawan gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
½ sudu besar garam halus atau secukup rasa

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.



Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 2 ½ cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng


Nota:
Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.


Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng"

  1. teruja nak cuba resipi kak azie ni sebab dah cuba masak laksa guna resipi kak azie. menjadi.hehe...
    lawat lah blog saya sbb ada cerita di sebalik laksa.hehe...

    BalasPadam
  2. Terliur...teringin nak buat...esok saya cuba

    BalasPadam
  3. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam
  4. Makan kuah kacang dengan spaghetti pun sodap

    BalasPadam
  5. Alahai sedapnye buat kan terliur je nie..kuah kacang memang feveret Nur..nanti nak try la buat, thanks kak azie selalu share resepi2 yang mudah dan sgt awesome 😍

    BalasPadam