Ahad, 24 Mac 2019

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen


Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melepak dan cantik cantik. 

Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yang menpunyai kulit muka yang gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sebagai jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat untuk jeragat berdasarkan iklan di majalah. 

Banyak lagi kekurangan fizikal diri yang saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yang cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yang langsing dan ramping. Dalam hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah.  Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan.

Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. 

Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yang dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dengan resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Baru lah apa yang dimasak akan menjadi sedap. 

Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yang tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pada hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dari segi keenakannya. 

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dengan menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah untuk membuat perubahan yang menghasilkan lauk pauk yang lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. 

Resepi saya belajar dari keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yang dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. 

Jadi bagi mereka yang setia dengan rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yang membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yang mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. 

Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak boleh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri samada untuk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dengan menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dari menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita boleh bakar kelapa parut di dalam oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya telah memasak berkali kali, boleh klik di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. 

Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Untuk resepi pulut kuning, boleh klik di SINI.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam Mudah dan Sedap 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
1 1/2 ekor ayam - potong 12
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisik - buat sendiri
Minyak untuk menumis
1 sudu besar garam atau secukup rasa
1/4 keping gula Melaka
1 sudu besar gula
1-2 keping asam keping - bergantung saiz
Serbuk perasa 

Bahan hiris:

10 - 12 ulas bawang merah 
8 ulas bawang putih 
2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus

Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar - boleh tambah ikut pedas disukai
4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal
2 - 2 1/2 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 biji buah keras 

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. 


Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Azie Kitchen

Nota:
Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. 

Jika suka, boleh juga dihiris halus halia dan separuh dari serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.




1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon