Ahad, 6 Januari 2019

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Kebelakangan ini, saya sangat mudah terasa hati, berkecil hati dan berjauh hati. Saya tak pasti jika ianya ada kaitan dengan kesihatan saya atau faktor umur dsb. Bila rasa berjauh hati, saya akan menjadi sedih dan pilu. Saya tahu penawarnya dan Insya Allah saya akan berusaha mendapatkannya. Semoga dipermudahkan.   

Pisang goreng adalah makanan yang mungkin dikira sebagai makanan harian rakyat Malaysia. Kalau keluarga saya, setiap hari, mesti cari pisang goreng. Kebetulan ada satu gerai yang menjual pisang goreng yang sangat sedap di tempat saya. 

Tapi siapa yang pernah makan Pisang Penyet Goreng Rangup yang krup krap krup krap bila dikunyah? Sebenarnya saya juga baru pertama kali makan pisang yang dilenyek terlebih dahulu sebelum digoreng. Memang sedap dan mengasyikkan. Bila petang petang, hari hujan. Jadi bila dapat makan pisang goreng memang sangat menyelerakan. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Aduhaai sangat sedap pisang penyet goreng ini, bayangkan setiap hari menyediakannya. Maklumlah bila pisang setandan masak, setiap hari. Kenalah mencari masakan untuk memasak dan menghabiskannya. Jadi yang paling mudah dan paling sedap, ialah pisang goreng.

Bila mengunyah, bunyi krup krap krup krap, itu yang lagi menambahkan kesedapannya. Ralit mengunyah kerangupan tepung yang dimasak garing. Selain dilenyek, pisang juga boleh diketuk supaya panjang dan nipis. 

Caranya masukkan ke dalam plastik dan ketuk ketuk dengan kayu pencanai supaya lenyek dan nipis memanjang. Letak dalam botol mineral yang dibelah dua, dan tuang tepung sebelum dituang ke dalam minyak panas. Sebab bila dah nipis, mudah putus. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Hanya dengan melihat video memudahkan untuk anda memahami cara penyediaannya... 


Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Pisang Penyet Goreng Rangup

Bahan bahan:
Pisang kebatu - belah 2
Plastik atau bahan alas
2 keping papan - untuk melenyek

Bahan adunan:
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Bahagikan adunan tepung kepada 2 bahagian. Satu bahagian untuk celup pisang dan satu bahagian untuk dijadikan adunan tepung cair.

Kupas pisang dan belah dua. Letak pisang atas papan yang dilapik plastik. Tutup pisang dengan plastik dan tindihkan pisang tersebut dengan satu papan lain sehingga menjadi penyet dan nipis. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Celup pisang yang telah dipenyet nipis dalam satu bahagian adunan tepung dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Kemudian masukkan air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas panas. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap

Jika suka, taburkan cheedar cheese yang diparut dan tuang susu pekat manis. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yang Sangat Sedap


1 ulasan:

  1. kalua di Pekanbaru, Riau pula, ada pisang kipas. pisang sebiji tu dihiris nipis dan dikembangkan macam kipas sbelum dicelup dalam tepung dan digoreng

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon