Rabu, 5 Disember 2018

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Kalio Ayam adalah salah satu dari resepi Minang yang sangat saya gemari. Masakan Minang jika dilihat dari bahan bahan yang digunakan, tidak jauh berbeza dengan masakan Melayu di negara kita. Ya lah serumpun bangsa pun.

Kali pertama mendengar nama masakan ini iaitu Kalio Ayam adalah dari bekas rakan sekerja. Boleh rujuk kisah resepi Kalio Ayam yang saya sediakan sebelum ini di SINI

Yang berbezanya kerana dulu, saya menumis terlebih dahulu bahan bahannya. Tapi rasanya, tak ditumis pun OK kerana ayam mengandungi lemak dan kulit ayam juga akan menjadikan kuah sedikit cantik berminyak. 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Lagi banyak bahan lagi banyak rencahnya kerana ayam kalio ini sedap dimasak lama dan pekat. Saya masak hari ini pun, tidak terlalu pekat. Ketika dimasak, memang semerbak sahaja bau nya. Rasanya pun sedap dan lain dari masakan seharian.      

Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini serta jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Kalio Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 6 
4 biji telur rebus - kelar
1 1/2 biji kelapa parut- santan
1-2 inci lengkuas - ketuk 
2 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah - saiz besar
4 ulas bawang putih 
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Ayam dipotong 4-6 dibiarkan dengan kulit. Lumur ayam dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam. Biarkan seketika. 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga bahan kisar masak dan air kering. Jika bahan belum masak, boleh tambah air dan masak lagi sehingga kering. 

Masukkan serai dan lengkuas. Masak lagi. 

Masukkan santan cair terlebih dahulu. Kacau sehingga masak dan hampir kering lagi. 

Masukkan pula santan pekat, daun limau purut dan daun kunyit. Kuah akan kelihatan pekat. Tambah sedikit garam. 

Masukkan ayam dan kacau lagi dengan api kecil. Jika suka, boleh masuk sedikit air kerana ayam juga akan mengeluarkan air. Bolehlah tutup kuali. 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Setelah ayam benar benar masak dan sebati, baru dimasukkan telur rebus yang telah dikelar kelar. 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Setelah kuah benar benar pekat dan berminyak cantik, baru ditutup api. 

Kalio Ayam Masakan Minang Yang Sedap

Nota:
Tempoh memasak antara 1-2 jam. 


Add your comment
EmoticonEmoticon