Rabu, 7 November 2018

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Sejak kecil saya suka makan ikan kering yang dimasak gulai bersama ikan rebus dan dijadikan lauk nasi berlauk. Kebiasaannya penjual nasi berlauk akan menggunakan ikan plater. Di dalam periuk ikan gulai, dimasukkan sekali hirisan timun dan kacang panjang dan lada hijau solok. Seekor ikan kering memang tak cukup, itu yang menjadikan lauk ini sentiasa di hati. 

Kita lari sedikit dari topik masakan, sebenarnya dah beberapa hari saya teringin hendak makan ayam hutan dan ikan sungai liar. Merata rata saya mencarinya. Aduhai susah nak mendapatnya di sini. Saya juga teringin nak makan burung sita atau di sini dipanggil burung ruak ruak yang saya last sekali makan rasanya lebih 30 tahun lepas. 

Bila ada masa terluang jer, saya akan melihat youtube cara menangkap ayam hutan dan burung ruak ruak. Bagusnya google ni, macam macam kita boleh cari di sini. Hahaha termasuk lah blog azie kitchen juga boleh dicari melalui google kan.

Sejak kecil sehingga kini, saya sukakan haiwan dan ternakan seperti ikan, burung, ayam peliharaan. Semasa di kampung dulu, suka merayau di sungai, paya dan hutan memancing ikan, mencari ikan laga, mencari anak ikan keli di telaga telaga yang tidak lagi digunakan, mencari burung puyuh dan sarang burung.  

Saya pernah membeli seekor burung yang telah menang pertandingan dengan harga RM400 dek kerana minat. Saya juga membawa balik ayam serama dan ayam hutan dari Kelantan untuk di pelihara. Ikan yang saya pelihara dalam kolam ikan di rumah juga ialah ikan kelah yang merupakan ikan exotik. 

Memang minat dan kecenderungan saya ke arah itu. Melihat ikan berenang memberikan ketenangan. Saya juga suka mendengar ayam berkokok dan burung berkicau. Di hadapan rumah saya sekarang ini, macam macam burung liar akan melintas. Kalau ternampak burung seperti burung ruak ruak, burung bangau pun ada, saya sanggup mengekori sehingga ianya hilang dari mata. Keterujaan saya tat kala itu, tidak boleh digambarkan dengan kata kata. 

Seperti saya, anak anak lelaki saya juga dulu minat dengan haiwan peliharaan. Tapi sayang suami saya tidak meminatinya menyebabkan minat saya tak bersemai. Hahaha tak kan lah nak ikut geng lelaki pergi berburu atau memancing pula kan.  

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Berbalik pada resepi hari ini, nangka yang saya gunakan hari ini untuk nangka masak lemak ikan masin adalah baki dari nangka yang saya gunakan untuk memasak nangka masak lemak cili api dengan daging dan petai kikis di SINI

Serius saya memang suka lauk masak lemak ala kampung ini. Kebelakangan ini, saya memasak menggunakan santan segar. Lagi lah sedap dan hebat menternak lemak. Hahaha.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup

Bahan bahan:
2 keping nangka muda - direbus 
Ikan masin kurau
2 batang serai - ketuk
1 biji kelapa - santan
Garam
1 keping asam keping 

Cara cara: 
Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.  

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak. 

Nangka Masak Lemak Ikan Masin

Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam. Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api. 

Nangka Masak Lemak Ikan Masin



5 ulasan:

  1. Assalam Kak Azie, terliur sy tengok gulai nangka tu ditambah lagi ada ikan masin. ni kalua makan cukup ada sambal belacan, dah sedap giler.. hehehe.
    Melihat kehidupan Kak Azie skrg (wpun hnya mengenali dari blog) tak sangka Kak Azie mempunyai zaman kanak2 yg lasak. teringat cerita mak sy, mak sy pun dulu macam tu jugak, cuma sy dibesarkan dalam suasana bandar, tak rasa tu semua, tapi lauk2 kampung tetap menjadi kegemaran sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Aah dulu lasak sgt. Ianya kenangan terindah dalam hidup

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam puan. Jika berminat membeli ikan sungai liar (Sg Pahang) boleh contact 0139543252 (Faizal)

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon