Ahad, 4 November 2018

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Selepas balik dari pasar tani, saya dan Hubby singgah makan di gerai di Seksyen 8. Saya tidak berniat apa apa tapi sekadar melihat persekitaran. Gerai yang terletak di kawasan perumahan kos rendah, memang dikunjungi oleh mereka dari golongan rendah dan pertengahan sahaja. Keadaan gerai yang agak sesak dan tidak selesa. 

Saya melihat kedaifan mereka yang tinggal di kawasan tersebut dengan penuh keinsafan betapa saya sangat bertuah kerana diberikan sedikit kelebihan untuk hidup dalam suasana yang sangat sangat selesa. Saya bukan dari keluarga kaya, bukan cantik, bukan pandai masa persekolahan untuk melayakkan saya mendapati semua yang saya miliki hari ini. Melainkan semuanya kurniaan Allah semata mata. 

Memang rutin saya kalau di hari minggu mencari makanan sarapan di gerai gerai atau restoran di sekitar taman perumahan. Saya selesa sahaja mengunjungi gerai gerai asalkan bersih. Selalunya makanan yang dijual lebih sedap dan terasa berbanding dengan restoran. OK setakat ini dahulu, kita sambung semula cerita mencari nangka.    

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Berhari hari mencari nangka muda dan perut lembu untuk dimasak masak lemak cili api. Tempat yang dicari tak ada. Tunggu pulak pasar malam tapi sayang mereka yang berjual sayur kampung, tak berniaga. Balik kampung agaknya kerana cuti panjang sempena Hari Deepavali minggu depan. Jadi harapan terakhir adalah pasar tani hari minggu. Punya lah nak ke pasar tani hingga terbawa bawa dalam tidur. Hahaha aduhaai.. 

Tapi bila sampai di pasar tani, saya telah mengubah fikiran, tak jadi guna perut lembu kerana Nana memang tak makan organ dalaman ni semua. Sebaliknya digantikan dengan daging yang menpunyai bahagian berlemak sedikit. Baru lah sedap. 

Tapi bukan hendak memuji diri, tapi masakan hari ini sangat sedap. Berbaloi baloi. Memasak pun dengan sabar supaya kuah lemaknya cantik dan tidak berketul. Maklumlah saya bukan orang nogori, saya tidak pernah melihat sesiapa memasaknya. Hanya belajar melalui google dan instagram sahaja. Gigih mengacau santan supaya tidak berketul dan cantik.  

Kuahnya kuning cantik pekat melekat. Nangkanya sedap dan lembut. Saya letakkan sekali petai kikis kerana kebetulan banyak pula stock petai. Hari hari saya mencelur dan makan petai dengan nasi putih begitu sahaja. Tak ada cicah dengan sambal belacan dsb. Makan krup krap krup krap. Petai zaman sekarang sangat bagus, mulut tidak berbau seperti petai zaman dolu dolu. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap
Nangka Masak Lemak Cili Api dg Daging dan Petai Kikis 

Bahan bahan:
300-400 gram daging
2 keping nangka
1 mangkuk petai kikis
1 biji kelapa - santan
1 keping asam keping
2 batang serai - ketuk
Garam

Bahan kisar:

15-20 tangkai cili api - ikut pedas
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Nangka direbus sehingga masak, angkat dan tos. Potong nipis dan ketepikan. 


Nangka muda

Nangka muda direbus

Nangka muda direbus

Masukkan bahan kisar yang dikisar lumat ke dalam kuali dan serai yang diketuk. Masak sehingga hampir kering. 


Masak Lemak Cili Api Daging dengan Nangka dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Masukkan santan cair dan petai kikis. Sentiasa dikacau sehingga ianya hampir mendidih dengan api perlahan. 

Masak Lemak Cili Api Daging dengan Nangka dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Bila telah mendidih, masukkan daging yang telah direbus dengan pressure cooker. 

Besarkan api dan terus dikacau lagi sehingga mendidih sekali lagi. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan nangka yang telah direbus tadi dan asam keping. Terus dikacau. 

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Masukkan santan pekat dan garam dan kacau sehingga kuah mendidih kecil sehingga tiada lagi buih buih kelihatan dalam kuah.  


Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Terus kacau lagi  beberapa minit selepas ditutup api. 

Nangka Masak Lemak Cili Api dengan Daging dan Petai Kikis Yang Terlajak Sedap

Add your comment
EmoticonEmoticon