6 Oct 2017

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi Ayam memang kegemaran ramai rakyat Malaysia. Nasi ayam juga kegemaran famili saya. Sebelum masuk bab Nasi Ayam, kita citer citer bab lain dulu. Hahaha. Sejak menukar domain, saya ada buka entri lama untuk tukar kedudukan gambar gambar supaya selari dengan konsep dan wajah blog yang baru. 

Jadi saya ambil kesempatan untuk menambahbaik mana mana penulisan resepi yang mungkin sebelum ini tidak jelas. Aduhaai bila baca entri lama, sungguh buat saya terasa segan dan malu. Memang poyo sangat tulisan saya. Ketika itu, saya tidak pernah sekali berfikir yang blog saya akan dikunjungi oleh begitu ramai pembaca seperti hari ini. Jadi andai ada tulisan saya yang poyo tu, abaikan jer ya. Ambik yang mana elok jer.

Berbalik pada Nasi Ayam, saya memang minat mengumpul resepi nasi ayam dan mencuba memasak nasi ayam sehingga saya menghasilkan cara memasak nasi ayam mengikut citarasa saya sendiri. Klik di SINI untuk melihat koleksi Nasi Ayam Azie Kitchen selama ini. Kali ini saya namakan Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen. 


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi ayam menggunakan lemak ayam adalah kaedah menyediakan nasi ayam seperti nasi ayam Hainan yang banyak diamalkan oleh orang Cina. Saya belajar cara memasak nasi ayam ini dengan mendengar sendiri dari mulut Kak Laily yang ketika itu, beliau berjual di bazar Ramadhan Subang Jaya. Klik di SINI untuk resepi nasi ayam Kak Laily.

Sambil membungkus nasi ayam, sambil beliau bercerita rahsia keenakan nasi ayam beliau. Beliau tidak menggunakan air rebusan ayam yang akan menjadikan nasi hanyir ketika sejuk. 

Manakala sambal pula, saya menggunakan resepi yang saya belajar dari adik saya, Cikgu Hasliza. Cuma kali ini, saya memasak seketika sambal cili seketika sebelum dimasukkan gula, serbuk perasa dan cuka. 

Manakala ayam adalah menggunakan perapan biasa yang biasa digunakan oleh anak saya Dr Nana. Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini. Jangan lupa subscribe youtube Azie Kitchen channel untuk video Nasi Ayam Istimewa di SINI.


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Bahan Ayam
1 ekor ayam - pilih saiz besar
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 sudu besar madu
2 - 3 sudu besar sos tiram Maggi atau secukupnya
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah - opsyenal

Cara cara:
Masak air yang banyak hingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ayam. Tutup periuk dan masak hingga ayam masak dengan menggunakan api yang besar. 

Air rebusan ayam ini akan digunakan untuk membuat sup ayam. Cuma perlu tambahkan daun sup, lada sulah dan bawang goreng. Sesuaikan rasa. Saya suka sup yang simple macam ni jer. 


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Angkat ayam dan tos. Perap dengan bahan bahan perap selama 15 - 30 minit. 



Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Gantungkan atau tos ayam selama 1 jam sehingga benar benar kering. Boleh dipanggang atau digoreng di dalam kuali. 

Panaskan minyak yang banyak dan pastikan ianya telah betul betul panas. Masukkan ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak. 

Jangan digoreng terlalu banyak dalam satu masa bagi memastikan ayam masak sekata. Goreng dalam 5-7 minit sahaja. Angkat dan toskan. 

Bahan Nasi
3-4 pot beras 
1 sudu kecil serbuk kunyit
Rempah penumis - 3 sekawan
1 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Lemak ayam secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Rendam beras dengan sedikit serbuk kunyit dalam 15 minit dan tos kan. 




Masukkan lemak lemak ayam ke dalam kuali. Panaskan dan biarkan sehingga minyak ayam keluar. Buang bahagian lemak yang telah kering tadi. 


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Panaskan minyak ayam dengan sedikit minyak. Tumis rempah tiga sekawan dan bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan. Setelah itu, masukkan beras dan digoreng seketika supaya ianya cantik berderai. 


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Kemudian masukkan air secukupnya. Biasanya sukatan air sama dengan sukatan beras yang digunakan. Masukkan kiub pati ayam dan pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa. 


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen


Sambal Cili


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 tangkai cili yang saiz panjang - kalau saiz biasa guna 10
1-2 biji buah tomato - bergantung kepada saiz
2 sudu besar cuka 
2 sudu kecil serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar gula pasir 

Hiris bawang dan tomato, kemudian dikisar hancur. Tapi jangan terlalu hancur pula. Tak perlu masukkan air kerana tomato akan menghasilkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse sahaja. 

Panaskan bahan kisar atas dapur dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Nota: Biasanya saya tidak masak, hanya satukan semua bahan dan siap.


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Masukkan cuka, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.

Bahan bahan lain:
Salad
Timun
Buah tomato

Bolehlah dihidangkan nasi ayam dengan sayur sayuran untuk menjadikan makanan kita lebih seimbang dari segi khasiatnya.

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Selamat mencuba....


5 ulasan

Saya follow blog puan dah lama. Hari2 tunggu entry terbaru puan. Silent reader ;-) banyak mencuba resepi puan dan mengikuti kisah yang puan kongsi. Juga perkongsian ilmu puan. Terima kasih atas ilmu/resepi yang puan kongsikan. Moga Allah terus memberkati dan melimpahi kurniaanNya pada puan sekeluarga

Sebak dan sgt terharu membaca komen puan. Demi Allah, saya sayang puan kerana Allah Taala. Puan sahabat alam maya yang membantu saya dg membaca ilmu yg kongsikan. Terima kasih. Luv u.

Alhamdulillah. Nnt cuba ya

Betul2 menggoda nasi ayam akak...in sha Allah nak cuba nanti...


EmoticonEmoticon