22 Apr 2012

Muffin Coklat Sedap


Muffin Coklat Sedap

Selepas solat subuh, saya terus mengambil ipad dan meninjau ninjau blog blog masakan. Rasa macam lama pulak saya tak memasak. Sejak diet ni, saya kurangkan masuk ke dapur. Sebab kalau masuk dapur jer, ada yang masuk ke mulut. 

Alhamdulillah dah nampak kesan, saya dah boleh pakai dress yang dibeli di KB untuk sesi magazine photoshoot semalam. Azamnya saya nak slim sikit semasa bercuti ke US supaya lebih cergas semasa di sana. 

Siapa kata percutian tak perlukan stamina, perlu sebenarnya kerana banyak aktiviti berjalan dan berjalan kan? Lagi pulak, bila banyak baju dah tak muat, kena beli baju baru. Macam my friend, Yarina tanya samada saya nak slim down atau nak beli baju baru? Hahahaha nak juga baju baru dan nak juga slim. Hmmm the naughty of me.


Muffin Coklat Sedap

Berbalik pada resepi ini, tertarik sebab Izah tulis, resepi yang diguna kalau ada order dan juga resepi kegemaran hubby dia. Saya jumpa resepi ini di blog Yatie, asalnya. Resepi kadang kadang sama jer tapi apa yang  ditulis, kadang kadang menjadi faktor sesuatu resepi dipilih untuk dicuba. 

Hmmm, itu saya lah. Tak tau lah pulak orang lain.  Saya suka baca komen yang ditinggalkan berkenaan dengan resepi tersebut untuk diambil perhatian bila kita membuatnya. Lagipun resepi ni mudah, pakai kacau kacau jer. Satu adunan menghasilkan lebih kurang 36 muffin. Lain kali, kalau tak ada function, buat setengah adunan pun dah cukup.

Oleh kerana muffin ni agak banyak, saya menyimpan di dalam freezer. Ianya boleh tahan sehingga 3 bulan. Untuk melihat cara cara penyimpanan muffin atau kek, adalah seperti di bawah.


Muffin Coklat Sedap

Muffin Coklat 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.


Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.


Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
 

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.



Cara cara freeze muffin
Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

30 ulasan

Selamat berhujung minggu Azie,
moga tercapailah berat & bentuk badan ideal.
Memang banyak hasil mufin tu, kadang-kadang jenuh nak habiskan, eloklah buat untuk keperluan saja, sebab kalau kak Amie buat, selalunya berhari-hari tak habis, kadang-kadang memang tak habis.

Sayangnya dengan Amie sebab sudi menemankan saya pagi ini dengan meninggalkan komen. Really it really makes me happy. Sebab pagi pagi sunyi jer, tak tahu nak buat apa. Sat lagi nak exercise guna stepper. Memang banyak lah Amie. I tak perasan tadi. Kena simpan dalam freezer. Pagi ni jer, dah 3 ketul hilang dari pandangan. Bahaya bahaya, bila dah slim sikit mula lah godaan datang balik.

salam Zie, amboii nampaknya macam sama je makanan kita pagi ni cupcake aka muffin adik beradik lah tu kan apa2 pun mmg sedap yg ber coklat ni anak suka ibu pun suka jugak ni hehee

Nama pun sifu kan kak Noor. Bangun pagi tadi, sunyi jer. Tu yang buat muffin nak menghiburkan hati yang sunyi. At least ada juga aktiviti yang nak dibuat. Macam tahu tahu jer ya, masakan kita pagi ni hampir sama. Nnt nak lawat dapur Kak Noor pulak jap lagi.

Assalamualaikum..
Terima kasih sudi jenguk ke belog saya dan mencuba resepi muffin ni. Mmg customer suke muffin ni. Ringan tapi moist. Alhamdulillah.. :-).. Err saya nak diet jugaaakkl.. Hehee

Terima kasih juga pada Izah yang telah mengajar saya dengan berkongsi resepi. Zaman zaman dulu, orang lokek berkongsi resepi terutama peniaga. Saya pernah mendengar sendiri seorang makcik yang merungut kerana orang yang diajar resepi telah juga berniaga side by side di bazar ramadhan. Sepatutnya berbangga kerana ilmu yang diajar telah diguna untuk mencari rezeki. Rezeki masing masing telah ditetapkan oleh Allah.

Salam k.Azie.byk dpt adunan muffin ni...betul tu k.Azie sekalu adun dpt byk sesuai utk function dahlah mudah dan sedap.sy dah lama tak baking muffin. kalau nak jln2 mmg kena ada staminakan...satu lagi badanpun kena sihat...barulah seronok nak bercuti...

Betul Mamasya, banyak betul. I simpan dalam freezer. Senang kalau ada tetamu, tinggal reheat jer. Sedap muffin ni. I suka sesuatu yang plain macam ni

Sedap sgt tapi kenapa muffin saya tak naik sekata mcm kat gmbar tu.

Mungkin suhu oven yg kepanasannya tidak sekata

Nmpk cam senang je nk wat nie.. hehehe bole la nk cuba buat mlm nie.. bole jd kudapn anak2 dlm perjalanan jb-kl esok... anyway tq soo much share this recipe... tq a lot.. ;)
♡♥

nampak sgt menarik...ank sy sgt suka muffin coklat,weekend ni nk try buatlah..hmm,nk tanye...nak kcau adunan ni perlu pkai mixer atau blh pkai tgn je?

Tak guna mixer. Cuma kacau guna tangan jer

salam.kak azie guna oven jenis aper ye? dan guna api atas atau bawah ketika masak? terima kasih.

Saya guna api atas bawah.

Salam kak azie.. nk tnye.. kalo nk buat butter muffin folo resipi ni menjadi x?

salam kak azi.mohom izin tuk cbe resipi cupcakes... =) -siti-

Salam kak azie ,kalau tuka nescafe tu gunekn milo boley ke ?

Guna nescafe utk menyedap kan rasa coklat.

Salam kak azie... Nk tanya.. Nape yer masa time masak tu nmpk cantik je naik. Tp bila kluarkn dia mendap ke bawah... Sedih x jd muffin....

Assalam..kak.. sy dh cuba smlm.mmg mudah.sy buat versy kukus n bakar.yg kukus naik cantik..smooth je.tp yg bakar xbrp cantikla..selalu fail bab bakar ni.. sedihnye...hu3 . trimakasih atas kongsian resepi.

salam kak azie.....saya baru terjumpa blog akak....seronok menyalin resepi yg akak bagi....lenguh tangan dibuat nya.....apa pun terima kasih bebanyak pada akak kerana kongsi resepi2 yg sedap belaka walaupun saya belum cuba membuat nya.....semoga tuhan merahmati org yg baik cam akak.....

Salam k.azie...sue dah try resepi k.azie ni smlm...sdap..cuma sue derhaka cikit..sue xgune fresh milk @ susu cair...tp sue gne whipping cream..pastu dlm muffin tu sue letak inti..ade 4 version.. Cheese..strawberry.. Coklat chip..dan 1 lgi xde inti ape2..En.HB suke yg cheese...n my lil hero suke yg xde inti ape2...yg best nye...bila masing2 masuk kan je muffin tu dlm mulut..terus wt turm up...seronok sgt...tkasih k.azie sbb kongsi resepi yg best ni.. ;)

Salam k.zie,knp muffin sy jd mendap dan x menarik rupanya,rasanya agak sedap.tp hilang semangat nk mkn sbb rupanya x menarik.knp yek

Assalamualaikum Kak Azie...terima kasih atas perkongsian resipi ini, saya dah cuba buat, alhamdulillah kerana menjadi n moist sgt2..

Saya suka follow resepi kak azie.....smue menjadi

Tq kak azie for d recipe..saya dh try buat smlm..mnjadi n naik cantik muffin nya..rezeki kwn2 ank sbb ank bwk skolah jamu kwn2 nya..

Salam kak Azie. Trima kasih ats pkongsian resepi (dan juga azizah). Suka tgk muffin naik elok je. Mmg dpt byk.
Dan ni ptama kali komen stlh agak byk resepi yg telah sy bguru dr belog akak.

Assalamualaikum..selamat berpuasa kak azie..klu sy xnk pakai serbuk koko pun boleh kan..hehehe

Slm kak Azie...trima kasih resepinya mmg sedap sya dah cuba gebu gebass terbaik trima ksih perkongsiannya


EmoticonEmoticon