26 Feb 2012

My Pavlova, Yeaah

My Pavlova, Yeaah

Saya first time mendengar nama kuih ini apabila Juita bertanya, "Mama tak nak cuba buat Pavlova ke?" Dari situ, saya google resepi Pavlova yang mengikut apa yang dibaca adalah dessert yang berasal dari New Zealand atau Australia yang rangup di luar tetapi lembut di dalam seperti marshmellow. 

Sekadar menambah koleksi resepi di dalam blog ini, saya terus menyalin resepi dan menyimpan di dalam ipad untuk dicuba. Hari ini saya membuat pavlova untuk anak anak makan petang petang nanti kerana tiada rancangan untuk ke mana mana kecuali sebelah malam, saya dan hubby ada undangan majlis resepsi perkahwinan Naim, anak Kak Ana di Dewan Perdana FELDA. Jadi bolehlah anak anak makan berulang ulang.

My Pavlova, Yeaah

Apa yang paling penting dalam menyediakan Pavlova adalah memastikan supaya mixer bowl, whip dan spatula yang digunakan mestilah betul betul kering dan bersih tanpa ada apa apa kesan minyak. Telur yang digunakan mestilah berada pada tahap suhu bilik. Untuk menutup kesan rekahan, kita boleh meletak whipped cream sebagai topping.  


Pavlova ini sangat sedap, so yummy. Rangup di luar tapi lembut mencair di dalam mulut seperti marshmelow. Tak perlu kunyah pun. Hmmm speechless. Kalau tak suka manis, kurangkan sikit gulanya. Jom kita layan resepinya ...

Pavlova Azie Kitchen
Pavlova
sumber: joy of baking
Oleh: Azie Kitchen

4 biji telur putih (gred A)
1 cawan gula kaster (boleh kurangkan)
1/2 sudu kecil pure extract vanila 
1 sudu kecil vinegar/lemon juice
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:
1 cawan heavy whipped cream
Fresh fruits

Cara cara:
Lukiskan bulatan pada kertas minyak menggunakan ukuran pinggan kuih dan terbalikkan.




Putar putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga kembang dan kental. Masukkan 1 sudu besar gula setiap kali sambil diputar sehingga habis. Masukkan vanilla. Setelah rata, keluarkan mixer bowl.





Tapiskan tepung jagung, kacau rata dengan spatula dan akhir sekali masukkan  cuka. Kacau rata.




Tuang adunan ke atas bulatan yang dilukis tadi dan ratakan permukaannya. Bakar dalam oven pada suhu 130C selama 1 jam - 1 jam & 15 minit atau sehingga kelihatan berwarna pale, pinkish eggshell yang rangup di luar.





Bila masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova di dalamnya selama 5 minit.


Pavlova Azie Kitchen

Bila dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan hiaskan dengan fresh fruit. Oleh kerana tak punya cream untuk dibuat whipped cream, saya cuma guna whipped cream yang sedia digunakan jer. 


Pavlova Azie Kitchen

Selamat Mencuba. Rangup di luar dan lembut mencair di dalam mulut. It is so yummy ... sooo sedap.


Pavlova Azie Kitchen

Pavlova Azie Kitchen

Enjoy ....



27 ulasan

Salam kak, sedap nampak Pavlova ni kak, ada juga terjumpa resepi ni dalam majalah tp belum pernah mencubanya..

Memang sedap, Rohah. Rangup luar dan lembut dalam. Rasa macam marshmelow. Cubalah sebab menyediakan sangat ringkas dan bahan bahan pun simple jer

Assalam Azie....terbaca entry Azie di Resepi Eksperimen FB, so Ummi click....Nice blog with yummy recipes... Happy cooking! ^___^

Thank you, Ummi. I am glad that you visited and like my blog. Do come again ya.

em...mmg sedap zie, i baru cuba hari ni...jadik!...thnx

Dear friend, so glad that you have tried the recipe. Masuk peti ais beberapa hari pun, masih rangup bahagian luarnya.

sdap nya saya tgk.. putih gebu :)

Meman sedap, Wani. Tapi tak boleh buat selalu selalu sebab agak manis.

sedapppp nyeee

Mmg sedap. Mencair dalam mulut

assalaualaikum kak...

nak tanya pasal crust pavlova tu..bila letak cream,tak sampai sehari crust yg kat luar tu jadi lembik..adakah dia mmg mcm tu atau salah teknik dalam bancuhan,or apa2 saja.blh bagi tips tak cm mana nak kekalkan crust tu crunchy?

boleh tak emailkan pada saya sebab saya jarang bukak blog..wan_syamzaima@yahoo.com

Saya tak pasti pulak. Guna non dairy whipped cream. Bahagian dalamnya masih lembut bak cheese kan.

Salam sis,
bakar pavlova ni guna api atas bawah ke? tq :)

Salam.
Nak tanya. bakar pavlova dgn suhu 130 c guna api bawah saja atau api atas dan bawah..? terima kasih.

saya guna api atas bawah kerana oven saya mmg ada tu jer. hahaha atau saya yg tak reti guna

tetiba rasa minat sangat nak masak tengok blog akak ni...

Sy beli pavlova hr tu, dlmnye mmg ada rasa hanyir telor ker??? Huhuhuuuu. . Ke sebab mmg x masak kt dlmnye tu

Tak pasti kenapa jadi begitu. Kena tanya orang yg menjualnya.

Saya tak guna whipped cream. Tak ada stock

Salam sis..guna api atas bwh ke?suhu n masa?

Assalamualaikum... api oven mcm mane yea puan pki ats bwh ker

Wslm. Ya. Kecuali dinyatakan guna atas atau bawah shj.

Assalamualaikum kak azie
Saya dah buat pavlova pakai resepi akak ni..pertama kali buat dah menjadi..terima kasih akak..resepi2 akak sentiasa jadi pilihan saya untuk dicuba..

Jom kita buat PAVLOVA,
giler sedap, siapa tak nak beli?
jualan confirm meletop, sehingga 1000 pcs sehari...
sebab tu boleh dapat RM10,000 - RM30,000 sebulan...
dah nak Puasa dan Raya ni... Dah boleh start SEKARANG ni,

Giler SEDAP ni >>> http://resipirahsiapavlova.blogspot.my

TQ


EmoticonEmoticon