Sunday, 6 November 2011

Singgang Tulang Lembu


Masak Singgang Tulang Kelantan

Sempena hari raya qorban, saya telah memasak singgang tulang rusuk kerana kebetulan ada kawan yang nak singgah beraya di rumah.  

Sebenarnya ini adalah kali pertama pun saya memasak singgang kerana hubby dan anak anak tak berapa menggemarinya. Jadi apa lagi, talian hayat di Bachok terpaksa digunakan bagi memastikan singgang yang dibuat adalah menepati rasa singgang di Kelantan.

Jom kita layan resepinya.


Masak Singgang Tulang Kelantan

Singgang tulang lembu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 - 1 1/2 kg tulang lembu
5 ulas bawang merah - hiris
1 labu bawang putih - hiris nipis
2 inci lengkuas - hiris nipis
1 - 1 1/2 inci halia - hiris nipis
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar
5 keping asam keping - ikut saiz
4 tangkai cili kering - dipotong
6 tangkai cili padi merah
Garam
Serbuk perasa  
Sedikit belacan - opsyenal

Cara cara:
Rebus tulang hingga dagingnya separuh masak, baru dimasukkan semua bahan ke dalam periuk. Jika air berkurang, boleh tambah air lagi.

Rebus lagi sehingga daging empuk dengan api perlahan sehingga kuahnya betul betul sebati dengan daging. Kuah singgang akan bertukar kekuningan. Dengan cara ini, bahan bahan tidak menjadi terlalu hancur dan singgang akan lebih cantik.

Opsyen: Boleh juga masukkan kesemua bahan di atas bersama tulang ke dalam periuk dan direbus hingga tulang empuk.  

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasanya. Sebelum diangkat, masukkan cili padi. Bolehlah tutup api.

Masak Singgang Tulang Kelantan

Nota:
Yang penting singgang mesti dimasak lama lama sehingga keluar, air daging. Barulah sedap.


1 comment:

Add your comment
EmoticonEmoticon