Hari ini saya kongsikan perjalanan Perjalanan hari ketiga dengan bas dari Samarkand ke Bukhara selama 4 jam. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi kami bersarapan di hotel. Kemudian terus check out.

Semasa singgah untuk ke bilik air, kami masuk membeli kudap kudapan. Semuanya kita boleh rasa dahulu sebelum pilih mana yang kita sukai. Banyak yang dijual secara timbang.
Kami singgah makan tengahari dengan menu nasi Bukhara dengan daging, sup kambing dan kambing bakar. Restoran ini cantik sangat dan kami dibawa masuk melalui dapur. Dapat lah dilihat kebersihan dapur mereka.
Singgah makan tengahari nasi Bukhara dengan daging kambing, sup kambing dan kambing bakar.
Selepas makan, kami ke bilik air dan ke kedai membeli kekacang. Kami kemudian dibawa ke Museum Gijduvan Ceramics Centre, tempat pembuatan Seramik. Pusat pembuatan yang diwarisi turun temurun sejak bergenerasi.
Seperti biasa, saya tidak beli apa apa. Kerana masalah muatan kerana seramik ni adalah suatu yang berat. Lagi pulak dengan menpunyai ramai cucu yang masih kecil, saya mengelakkkan menghiasi rumah dengan suatu yang mudah pecah.
Kami kemudian dibawa untuk solat di Masjid Abdulxoliq Ibn Abduljamil Gijduvoniy yang terletak dalam jarak berjalan kaki sahaja. Tapi kami minta dihantar dengan bas.
Cuma di sini, bangunan tempat mengambil wudhu dengan tempat solat agak jauh. Keluar dari bangunan solat wanita, kami masuk ke tempat di mana terdapat bilik suluk dalam bumi dan menghadap kaabah. Mereka akan berzikir dengan tak jumpa sesiapa selama 40 hari. Hubungan ketika itu hanya dengan Allah. Boleh lihat dalam gambar di bawah.
Bila menziarah tempat seperti ini, kita mulakan dengan bacaan Al Quran dan doa yang dipimpin oleh kakitangan bertugas.
Selepas itu, baru kami bergambar beramai ramai di perkarangan masjid. Tiang dari kayu yang menghiasi bangunan masjid sangat cantik.
Kemudian naik bas meneruskan 1 jam lagi perjalanan ke bandar Bukhara. Sebaik tiba di bandar Bukhara, kami dibawa untuk makan malam. Mula mula dihidangkan dengan kuih ala ala Samosa yang berintikan daging yang sangat sedap. Ala ala karipap kat tempat kita lah.
Check in Hotel Safia Plaza di mana kami menginap selama 2 malam.
Sehingga di sini dahulu, nantikan sambungannya di entri seterusnya. Salam sayang buat semua….





































Ulasan
Catat Ulasan