Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Staycation di Barung Tamu - Day 2

Azie 01/10/2026 Catat Ulasan


Alhamdulillah saya akan menyambung lagi aktiviti semasa staycation kami di Barung Tamu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi esok, kami bangun untuk mengerjakan qiamullail di mana selepas solat malam, kami mengaji bersama sama sementara menunggu masuk waktu solat Subuh. 



Selepas solat Subuh, sekali lagi kami mengaji dan besan telah memberi tazkirah berkenaan pentingnya untuk membaca surah Al Fatihah dengan tajwid yang betul. Jika tidak fasih perlu lah belajar sehingga kita mahir akan hukum hukum dan makhraj tajwid. 


Selepas sarapan sampai, kami turun untuk sarapan. Menu nasi lemak dengan ayam goreng, mee hoon goreng dan roti canai. Serious semuanya sedap. Saya tak makan roti canai tapi Hubby cakap kuahnya sedap. 



Selepas sarapan, kami membuat sedikit senaman regangan dan briskwalk. Kami dipesan oleh Prof Dr Anizu bahawa untuk mendapat keberkesanan briskwalk ialah dengan berjalan laju dan menggerakkan sekali kedua dua lengan.  




Selepas exercise, kami kemudian berjalan jalan untuk bergambar di sekitar resort. Saya kagum melihat bagaimana Dato Sani dan Datin Yat mereka bukan sahaja rumah tetapi landskap laman juga menjadikan banyak sudut menarik untuk dinikmati keindahannya. 


Kemudian Cikgu Badariah telah membuat jus buah kedondong dengan asam boi. Memang kenalah minum jus buah ini di saat kepanasan. Buah kedondong, kami petik dari sekitar resort sahaja. Dapat dalam 10 biji. Kisar isi kedondong dengan air ais dan kemudian dimasukkan asam boi. Kacau sebati. Ianya sangat bagus untuk detox. 

Kemudian naik bilik dan sambung untuk karoeke. Sambil itu, kami mula mengemas bag untuk keluar lebih awal. Pukul 10.00 pagi kami dah check out. 

Sebelum bertolak balik, kami bergambar secara beramai ramai. Group photo adalah acara wajib setiap kali kami berkumpul atau bercuti. 




Kami kemudian berjalan ke jambatan yang merentangi sungai. Jambatan ini dibina dengan kayu dengan berlatarbelakang banglo Barung Tamu. Sangat cantik. Lagi lagi pokok mangga ketika itu sedang berbunga dengan lebat. Dah nampak seperti bunga bunga berwarna kuning di musim bunga pula. Jambatan dibina tinggi sehingga menjadikan pokok buah di situ boleh dikait dengan galah sahaja. 




Selepas itu, masing masing berangkat pulang. Alhamdulillah staycation yang sangat bermakna. Malahan ini lah percutian yang sangat indah bila kami menghabis sepanjang masa bersama sama. Kami melakukan semua aktiviti bersama sama dari makan, solat, mengaji, bertadabbur, tazkirah, berkaroeke dan bersenam. 

Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan