Alhamdulillah akhir saya berjaya menyiapkan catatan aktiviti saya di London sebelum balik kecil Malaysia. Boleh klik entri di SINI. Kunjungan bersama besan kami Dato Setia Salehuddin Saidin dan Datin Setia Nursinah ke resort Dato Sani dan Datin Yat, dimaklumkan bahawa mereka ingin membuka weekend house untuk disewa.
Besan terus mengesahkan untuk menyewa pada pertengahan September. Tapi kerana semua sibuk ketika itu, tarikh ditunda ke 19-20 September. Jadi musim durian pun dan habis. Di sini banyak sekali pokok durian kampung yang isinya sangat sedap.
Resort Laman Kacapuri yang mana bangunan utama dinamakan Barung Tamu ini menpunyai 4 bilik tidur di dua tingkat. Para suami mengambil bilik di tingkat bawah dan kami semua di tingkat atas. Dato Ibrahim dan Datin Nik Junainah tidak dapat bermalam kerana menpunyai urusan penting keesokannya. Tapi kehadiran mereka dari Melaka, sangat sangat kami hargai.
Walaupun menpunyai 2 bilik tapi kami sepakat untuk tidur dalam satu bilik. Ini adalah kali pertama percutian kami di mana kami tinggal di dalam satu bilik dan satu rumah.
Pernah sekali kami ke London dan tinggal di rumah mewah kepunyaan sahabat besan kami. Tapi kami tidur di bilik masing masing kerana rumah itu menpunyai 7 bilik termasuk satu bilik solat. Kami bertemu di dapur hanya waktu memasak dan makan. Lagi pulak bila di London, banyak masa kami berjalan jalan dengan 2 kenderaan.
Manakala di Barung Tamu, kami melakukan aktiviti dan memang menghabiskan masa bersama sama sepanjang masa dari check in sehingga check out. Sebaik sampai, kami terus dihidangkan dengan makan tengahari yang ditempah dari caterer di kawasan situ. Sedap lauk lauk yang disediakan. Lauk utama ialah Masak lemak cili padi daging salai, ayam berlado, sayur goreng, ada ulam dan sambal, juga buah buahan.
Selepas makan, kami naik untuk mengerjakan solat Zohor secara berjemaah. Selepas itu, kami geng wanita berkaroeke sementara menunggu waktu solat Asar dan minum petang. Alhamdulillah geng kami memang sekufu. Maklum kami dah berkawan sejak dari zaman universiti, dah lebih 40 tahun. Semua sporting.
Selepas solat Asar berjemaah, kami turun minum petang. Kemudian kami berjalan di sekitar resort sambil bergambar. Para suami berkumpul di kolam renang.
Aktiviti yang paling mencabar ialah mendaki jalan yang membukit tinggi menuju ke kebun durian. Memang tercungap cungap juga bila sampai di atas. Boleh tengok gambar di bawah yang kami ambil dari puncak jalan.
Kemudian kami berjalan pula ke arah tepi sungai untuk melihat pemandangan cantik di sana. Terdapat kolam yang menggunakan air semulajadi dari bukit.
Selepas bergambar, kami naik bilik untuk mandi dan bersedia untuk solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat, kami mengaji beramai ramai dan bertadabbur surah Al Mulk dan Al Waqiah.
Besan kami juga memberikan sedikit tazkirah pendek. Kemudian bersedia untuk solat Isyak. Selepas selesai solat Isyak, kami turun untuk makan malam.
Menu ialah nasi goreng kampung, sup kambing dengan roti. Pun sedap. Sup kambing ni pun sedap. Pekat dan tak berbau kambing pun.
Selepas makan, kami naik ke tingkat atas. Kali ini geng para suami pulak untuk berkaroeke. Selepas mereka turun, baru kami mengambil alih.
Kemudian masuk bilik untuk tidur. Kesemua kami tidur dalam 1 bilik di mana saya tidur dengan Cikgu Rasuna. Besan saya tidur dengan Datin Ruzaini. Yang lain tidur di katil single. Akhirnya saya yang paling akhir tidur.
Sehingga di sini dahulu, nantikan sambungan untuk hari kedua staycation kami di entri akan datang. Salam sayang buat semua...


















Ulasan
Catat Ulasan